SAMBUTAN HEBAT CERAMAH PH

Elly

Malam tadi saya sempat turun ke Taman Andalas untuk memerhati Jelajah Harapan peringkat Negeri Selangor.  Ianya merupakan satu pengalaman yang membuka mata. 

Saya tidak sangka, kehadiran dalam 1000 lebih penyokong.  50% Melayu.  Begitu ramai orang muda. 


Set-up agak bagus.  Nampak sangat mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.  Saya tidak nampak ada tin milo diedarkan.  Tidak seperti sebelum PRU14.  Malah yang hadir awal dijamu dengan gulai kambing, gulai daging dan nasi lemak.

Begitu banyak media datang membuat liputan.  Ceramah mereka yang disiarkan live mempunyai tontonan purata dalam 11K.  Ini agak tinggi. (Baru diberitahu semalam mereka peak pada 30K tontonan) Dan saya telah check jumlah tontonan di page Pakatan Harapan dan setakat ini pada pukul 1.00 tengahhari ialah 825 ribu.

Ada empat orang yang memberi ceramah malam tadi.  Mengikut turutan, Mahfuz Omar, Anthony Loke, Saifuddin Nasution dan Mat Sabu.

Keempat-empat mereka nampak sangat berbeza kalau dibandingkan sebelum PRU14.  Mahfuz Omar yang saya harap akan cakap mengarut-ngarut tidak begitu mengarut-ngarut.  Mat Sabu lagi sangat berbeza.  Tiada lempar mikrofon.  Tiada senyum kambing yang macam dulu-dulu.  Mat Sabu masih 'fiery' dan masih kelakar tetapi Mat Sabu malam tadi penuh karisma.  Saya rasa mungkin kerana berada dalam Kabinet mematangkan mereka.  Malah Mahfuz Omar dan Mat Sabu tak macam dulu lagi cara berpakaian mereka.  Hilang sudah baju gedobos dan seluar lebar mereka.   Mat Sabu pun nampak kurus.  Sangat-sangat presentable mereka ni sekarang.


Naratif yang dibawa walaupun masih tidak 'cohesive' saya rasa agak mencukupi.  Nama Rosmah jarang disebut.  Begitu juga cincin dan berlian.  Naratif mereka bawa menggambarkan bagaimana sebuah kerajaan yang telah mencuba untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang gemilang telah dijatuhkan oleh kumpulan elitist yang gila kuasa.  Mengikut analisa saya naratif ini mungkin boleh diguna pakai apatah lagi untuk pengundi kali pertama.

Saya sempat berbual dengan ramai penyokong mereka dari pelbagai bangsa.  Jika tempoh hari DAP dikecam oleh penyokong mengenai isu jawi dan pelbagai lagi, DAP telah dimaafkan.  Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang MCA dan MIC dan GPS perlu risau.  Manakala penyokong-penyokong PH yang tawar hati dengan PH telah memaafkan kekhilafan mereka. 

Jelajah Harapan adalah satu idea bijak yang pantas mereka lakukan. Jelas matlamat Jelajah Harapan ialah;

a- untuk memberi penerangan dan 'assuring' penyokong mereka bahawa pucuk pimpinan PH sedang melaksanakan sesuatu untuk mengambil balik Kerajaan.  Mereka dengan jelas telah menyatakan bahawa mereka akan bawa undi tidak percaya bila parlimen bersidang.

b- satu reformasi cara PH bertindak.  Mereka cuba membawa imej yang mereka mempunyai kelas tersendiri dalam menangani isu yang mereka hadapi ini.  Yang mereka ini lebih baik selepas PRU14.

c - kempen persediaan PRU15.

d - sebagai 'platform' untuk penyokong mereka untuk mendapat 'points' untuk dibawa ke media sosial.

Saya rasa jika PH berjaya merampas balik Kerajaan bila Parlimen bersidang, mereka ibarat diberi 'clean slate'.  Mereka boleh mula semula tanpa apa-apa stigma.  Ini akan menyukarkan proses untuk menumbangkan PH di PRU15.

Setelah berada di 'Demokrasi Mati' Ahad lepas dan Jelajah Harapan malam tadi saya yakin, blok PN-GPS tidak boleh memandang mudah dengan apa yang sedang berlaku.  Jika semua syok sendiri dan menafikan betapa begitu pantas dan cekap PH melaksanakan kempen mereka saya yakin sejarah PRU14 akan berulang.

Khamis ini saya akan hadir ke Never Despair #wewillbeback pula.  Ingin tengok 'Bangsar crowd' punya reaksi.  Siapa free jom pergi.  Bukan untuk buat kecoh tapi untuk memerhati.

- Kredit kepada penulis

No comments: