Monday, March 9, 2020

A.KADIR JASIN....KERAJAAN YANG BELUM DISAHKAN OLEH PARLIMEN



Assalamualaikum. 

Fakat-fakta:

1. Perdana Menteri yang ada sekarang adalah Perdana Menteri yang belum disahkan oleh Parlimen.

2. Hal ini penting kerana dia mendapat kuasa bukan melalui pilihan raya tetapi dengan menarik Bersatu keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan. 

3. Sepatutnya dia mengekalkan sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 09 Mac ini bagi membolehkan undian ahli Dewan Rakyat dibuat. Sebaliknya dia meminta sidang ditangguhkan ke bulan Mei. 

4. Jadi, walau pun dia telah diangkatsumpahkan oleh Raja tapi dia belum dapat  pengesahan daripada rakyat jelata melalui Parlimen. 

5. Tanpa sidang Dewan, tidak adalah undang-undang sedia ada boleh dipinda atau dimansuhkan dan undang-undang baru dibuat. 

6. Keadaan negara tidak dapat dibahaskan dan demokrasi tergantung semata-mata kerana kerajaan PB tidak pasti sama ada mendapat sokongan Parlimen atau tidak. Sekarang kuasa di tangan eksekutif (PM) yang belum disahkan oleh undi percaya di Parlimen. 

7. Dalam pengistilahan dan semangat demokrasi berparlimen, PM dan kerajaan yang bakal dibentuknya adalah kerajaan sementara kerana tidak mendapat mandat rakyat melalui Parlimen atau pilihan raya. 

8. Mohd Najib pula adalah bekas Perdana Menteri yang semasa berkuasa telah melantik Muhyiddin sebagai Timbalan dan kemudian menyingkirkannya kerana membangkitkan isu skandal 1MDB.

9. Kini Najib adalah OKT rasuah. Sebagai orang kena tuduh dia bergantung nasib kepada kerajaan dan mahkamah. Bayangkanlah sendiri implikasinya!

10. Apatah lagi, dia sendiri mengalu-alukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibuka semula. Adakah PM akan buka semula kes itu?

11. Jadi adalah sangat penting diperhatikan dan dihalusi apa yang akan berlaku kepada kita rakyat jelata semua apabila dua orang ini berbaik-baik semula. 

12. Dr Mahathir sanggup terima Ahli Parlimen UMNO sebagai individu tetapi tolak jenis macam Najib, Zahid Hamidi dan Adnan Mansor sedangkan Muhyiddin sanggup terima "lock, stock and barrel".

Wallahuaklam.Terima kasih.

Copy dari FB A. Kadir Jasin


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers