MELAYU vs CINA


Zulkarnain Abidin. 


Beberapa hari lalu, saya pasang filem penapis haba kereta di sebuah kedai aksesori milik seorang muda Cina di tempat saya.


Balik rumah, saya dapati ada seperti kotoran di bawah filem itu. Melembung. 


Saya sangka kotoran itu di luar filem.Saya pun korek agak kuat sikit. Sekali filem tu terkoyak.


Sudah...! Mahal juga tu. 


Esoknya, saya bawa balik ke kedai yang sama dan saya beritahu perkara yang saya buat.


Budak Cina tu cakap, "Kalau pakcik nampak macam tu, pakcik bawa sini terus. Kita boleh buat balik. Jangan korek".


Saya tanya, "Habis tu, kes saya ni macam mana?"


Dia jawab, "Tak palah pakcik, saya ganti baru macam yang asal punya. Pakcik jangan risau".


Fuuh...lega.


Saya tak tahu nasib saya jika saya berurusan di kedai lain - dengan maksud bukan Cina. 


Dan saya pun, mungkin tak akan berani datang semula ke kedai itu jika bukan Cina.


Sebab, dalam otak saya telah terbina agak lama, perkhidmatan sebegitu di kedai bukan Cina agak mengecewakan. 


Paling kurang, mungkin saya dilayan dengan muka 44. Tapi budak Cina tu layan saya seperti biasa, muka manis.


Jika nak cerita pengalaman berurusan dengan Melayu, boleh buat koleksi cerita bertajuk, "Melayu Tipu Melayu".