PMX HADIR MAKAN MALAM BERSAMA AMAZON WEB SERVIS

 

Malam ini saya berbesar hati menghadiri Malaysia Region Launch Appreciation Dinner yang dianjurkan oleh Amazon Web Services (AWS). 






Peluncuran ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan infrastruktur digital negara. 


Pelaburan RM29.2 bilion oleh Amazon Web Services (AWS) akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi serantau utama untuk pelaburan digital malah ia turut membuka peluang pengwujudan lebih 3,500 pekerjaan dan menyumbang RM57.3 bilion kepada KDNK Negara menjelang 2038.  


Tatkala menyampaikan ucapan, saya menekankan betapa pentingnya kerjasama dan kebersamaan antara sektor awam dan swasta dalam memacu inovasi dan kemajuan teknologi. 


Saya yakin dengan keyakinan pelaburan oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi dunia dan lain-lain syarikat berkaitan pengkomputeran awan akan menyokong hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi yang dinamik dan inklusif. 



Tonight, I am privileged to be present at the Malaysia Region Launch Appreciation Dinner hosted by Amazon Web Services (AWS). 


This significant launch signifies a crucial advancement in the Government's initiatives to fortify the nation's digital infrastructure.


#MalaysiaMADANI