ADA PELUANG MACAM KAKI PENYAKAW JUGA NI...


Zainuddin Omar


 Kami ada buat bayaran letrik terus ke akaun TNB sebuah surau. 


Setiap bulan AJK akan whatsapp bil letrik. 


Pada mulanya bil hanya RM200 sebulan kemudian naik RM300 kemudian RM400 sehinggalah mencecah RM1000. 


Setelah disiasat baru kami tahu bahawa AJK pasang air-con yang dulunya kipas sahaja. 


Memandangkan ada orang bayarkan bil letrik, mereka on-kan aircon dari zuhor sehingga asar sehingga maghrib dan sehingga isya' agar ruang solat sentiasa sejuk pada jemaah. 


Pada kami ianya adalah satu pembaziran dan memikirkan cara untuk mengatasinya. 


Akhirnya kami memberitahu AJK bahawa kami akan membayar setengah sahaja bil letrik tersebut. 


Bulan depan otomatik bil turun kepada RM400. 


Kepada para AJK masjid dan surau, elakkan pembaziran walaupun menerima infaq dari orang ramai. 


Di satu masjid pernah AJK mengadakan tabung pinjaman kredit kepada ahlinya yang sesak sehingga RM5k tanpa penjamin atau collateral. 


Ramai memohon dan diluluskan pinjaman tetapi tidak membayar balik. 


Akhirnya AJK terpaksa melantik ahlinya sebagai debt collector mencari peminjam yang sudah berpindah luar mukim. 


Semua AJK masjid dan surau wajib bijaksana menguruskan wang kutipan awam untuk kebaikan semua.