PENDEDAHAN MINGGU DEPAN PN/BN SAPU SAMA SAJA





Perikatan Nasional (PAS & BERSATU) kini cuba menjenamakan gabungan mereka sebagai bersih dari rasuah.

Kononnya UMNO/BN telah rosak akibat rasuah dan PKR/PH pula akan menyebabkan Melayu hilang kuasa kerana ada DAP.

Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “those who live in a glass house should not throw stones”. Maksudnya kalau kita pun banyak kayap, jangan bising pasal kayap orang lain.

Bila kempen bermula secara rasmi esok, saya akan usahakan bukti-bukti untuk meyakinkan pengundi-pengundi (terutamanya Melayu) bahawa PN ini hanyalah serpihan UMNO yang mabuk kuasa. Rekod 33 bulan mereka bersama kerajaan juga buruk dalam bab-bab tata kelola kewangan negara.

Saya yakin banyak penyokong UMNO/BN yang akan setuju dengan saya.

Tunggu sidang media mingguan saya hari Isnin, 7 November 2022 mengenai perkara ini.

Dalam nada Zahid Hamidi, “PN/Muhyiddin, you are next”.

Rafizi Ramli