WALAUNTIT CUBA MENEGAK BENANG YANG BASAH




Bismillahirrahmanirrahim. 

 

Sejak petang semalam, saya dihubungi oleh rakan-rakan yang bertanya mengenai video TikTok berkenaan Tabung Haji. 

Ada yang mengecam, mengatakan saya memfitnah PH, terciduk dan pelbagai dakwaan lagi.

 

Di media sosial saya dikerumuni dengan komen-komen 'Palatau'.

 

Tambah menarik, seorang calon PH siap menambah perisa dengan cerita rekaan katanya saya pernah padam video berkenaan zakat selepas beliau tegur. 

 

Fuh, begitu yakin sekali kamu ya! Entah video siapa-siapalah tu😂

 

Terharu juga bila pendapat anak muda biasa seperti saya diberi perhatian begitu sekali, sehingga perlu diulas hujahnya oleh ex-ceo Tabung Haji. 

 

Jika kalian mendengar dengan baik, video tersebut jelas menceritakan berkenaan rekod terbaik jumlah deposit wang ke dalam Tabung Haji dalam tempoh 59 tahun.

 

Jumlah deposit tabung haji setiap tahun dari tempoh 2017 – 2021 boleh diakses dengan mudah di website Tabung Haji. 

 

Ya, dalam ‘accounting’ deposit adalah liabiliti. 

 

Tapi, bukankah ia juga gambaran keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji?

 

Jika kita menganggapnya sebagai liabiliti semata-mata, adakah kita mahu mencadangkan kepada orang ramai jangan lagi datang membuka akaun simpanan di Tabung Haji? 

 

Akhirnya, saya cuma nak nyatakan, tiada satu pun pernyataan saya di dalam video tersebut bersifat fitnah atau cerita rekaan. 

 

Cukuplah satu pertanyaan saya; Adakah nilai deposit yang tinggi tidak menunjukkan apa-apa petanda yang baik kepada Tabung Haji?

 

Muna Rime

5 November 2022

 

P/S : Bagi yang bertanya saya di mana faktanya, boleh rujuk pautan-pautan di bawah.

 

http://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/data-statistik

 

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/kha-09222022-1200/th-catat-pendapatan-rm147-bilion-separuh-tahun-pertama-2022

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/960793/jumlah-deposit-th-melonjak-kepada-rm88-bilion-setakat-mei-2022

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762979/kerajaan-tarik-balik-keputusan-jual-aset-th-plantations

 

 

JAWAPAN TERHADAP WALAUNTIT OLEH MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

 

 

1st, you delete reply komen saya dalam Tik Tok and that is a facts. U kata 1st half 2022 lagi tinggi dari 1st half 2021 and that is a false information. Saya tepek di bawah data yang sebenar. So sekarang u setuju yang deposit itu libiliti, tak pernah di buat orang deposit yang tinggi itu jadi benchmark prestasi. 

 

Persoalan yang paling utama, apa yang TH buat dengan deposit yang tinggi tu. Kena labur. Kalau tak labur. Macam mana nak dapat keuntungan. kalau tak ada keuntungan, macam mana nak bagi hibah. Jadi explain kenapa keuntungan tahun ini 1st half lagi sikit dari 2021, padahal 2021 tu banyak industri lockdown. Kan u kata PN/Pas pandai memerintah. Lagi satu, kenapa tak jujur tentang you kata deposit turun zaman PH sebab penstrukturan semula tabung haji?

 

 

No comments: