KEDAI MADANI..TAK SAMA DENGAN MACAM KRIM1

 


Kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan konsep Madani Mart tidak meniru model Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, menjelaskan kedua-duanya berbeza dari segi pendekatan dan pelaksanaan.






Menurut beliau, antara perbezaan utama ialah kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan untuk membuka cawangan pertama Madani Mart, berbanding KR1M sebelum ini yang menggunakan dana kerajaan bagi kos operasi seperti ubah suai premis dan pembelian stok.


"Tak mungkin ciplak sebab dalam model terdahulu (KR1M), kerajaan keluar modal... kerajaan bayar capex (perbelanjaan modal), kerajaan bayar untuk kerja ubah suai, inventori, beli stok.


"Tapi di sini (Madani Mart) kerajaan tak keluar modal, kerajaan satu sen pun tak keluar modal, jadi lainlah modelnya.


"Ia bukan juga konsep francais kerana kalau francais, ia mengikat 100 peratus, tapi model ini fleksibel," katanya ketika sidang media selepas pelancaran cawangan pertama Madani Mart





No comments: