𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗥𝗨-𝗛𝗔𝗥𝗔



 𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗥𝗨-𝗛𝗔𝗥𝗔

✍️ Ahmad Mursi
1. Indonesia hadkan 50L per kereta dan mula WFH. Filipina dah tutup 365 stesen minyak. Thailand dah mula catu. Malaysia, pembangkang anjur konvoi.
2. JP Morgan kata, selain China dan Malaysia, semua ekonomi negara Asian dilihat rapuh hadapi kejutan krisis tenaga.
3. Sebab status Malaysia sebagai pengeksport tenaga, pengurusan defisit fiskal yang terkawal, dan kadar inflasi yang masih sederhana berbanding negara jiran. Ini hasil daripada kestabilan kerajaan Madani.
4. Saya tak boleh nak bayang, bencana besar kepada negara akibat perang Iran, jika sebelum ni Kerajaan Madani tak mula susun semula subsidi minyak untuk kekang penyeludupan dan penyelewengan. Syukurlah negara ditangan yang betul.
5. Semua kena mula berjimat dan tak membazir walaupun ada kuota masing-masing. Kita akan masuk fasa susah sama ada suka atau tidak.
6. Ada 2,000 kapal tersangkut di Selat Hormuz, jadi walaupun kapal kita boleh lalu, kawasan itu jadi sesak kerana kapal yang tersangkut tak nak bergerak. Perlu 2 ke 3 minggu untuk alihkan kapal.
7. Untuk minyak turun ke harga asal, mesti 20 juta tong sehari keluar dari Hormuz seperti sebelum perang.
8. Kalau hari ini perang berakhir sekalipun, akan ambil masa berbulan-bulan untuk harga turun semula di bawah USD100 per tong.
9. Itu belum ambil kira infra yang dibom dan perlu dibaiki yang mungkin perlu berbulan-bulan, mungkin bertahun.
10. Kalau tentera darat US masuk ke Iran, krisis tenaga akan jadi lebih lama dan lebih teruk. Harga boleh melonjak ke USD150 ke USD200 per tong. Begitulah jahatnya pihak yang mulakan perang ni.
11. Kita bernasib baik kerana hubungan diplomatik bagus dan profesionalisme Petronas membantu bina hubungan baik dengan pengeluar negara lain yang tidak terhad di negara Arab.
12. Ini krisis tenaga global. TIADA satupun negara yang tak terkesan.
13. Rakyat Malaysia perlu bersatu pada waktu ini, untuk hadapi bahaya yang mendatang. Kekal Stabil, jangan khianat, jangan sebar maklumat palsu.

No comments: