MALAYSIA PENGELUAR MINYAK , TAPI KENAPA TIDAK KAYA ?


Mohd Farid



 “Malaysia kan negara pengeluar minyak. Harga minyak tengah mahal. Kalau ikut logik formula, kita patut jadi lagi kaya. Tapi kenapa tak?”

Sebagai ex-engineer Petronas, saya terangkan la sikit realiti minyak di Malaysia.
Ramai orang ingat,
kita ada minyak:
= kita guna minyak sendiri
= jadi harga minyak patut lagi murah
Hakikatnya, tak macam tu.
.
1. Malaysia memang ada minyak, tapi sikit di mata dunia
Korang tahu tak, Malaysia hasilkan sekitar 0.6% – 0.7% daripada minyak dunia sahaja
Kalau kita bandingkan dengan:
- Saudi Arabia
- USA
- Russia
Mereka control sebahagian besar supply dunia.
Kita?
kecil sahaja, terlalu kecil.
Maknanya, kita tak ada kuasa pun untuk tentukan harga global.
.
2. Minyak Malaysia berkualiti tinggi
Minyak kita ni jenis low sulphur (sweet crude)
Kelebihannya:
- lebih bersih
- lebih mahal
- lebih mudah diproses
Sebab tu, Malaysia banyak export minyak sendiri.
Lagipun minyak berkualiti tinggi ni digunakan untuk industri yang ‘mahal’ macam pengangkutan udara, kapal, industri penapisan dan produk petrokimia.
.
3. Tapi kita import minyak juga
Untuk kegunaan harian (petrol kereta), Malaysia import minyak mentah dari luar terutamanya Timur Tengah
Kenapa?
- lebih murah
- sesuai dengan refinery kita
.
4. Refinery Malaysia tak semua sesuai
Kilang kita dibina sejak berpuluh tahun dulu untuk proses minyak jenis tertentu
Nak tukar kepada minyak kita sendiri?
- kos tinggi
- ambil masa lama
- perlu ubah keseluruhan sistem
.
5. Malaysia = pengeluar + pengguna
Ini point paling penting.
Malaysia bukan sekadar jual minyak.
Kita juga:
- beli minyak
- proses minyak
- guna minyak
Bila harga global naik:
- kos import naik
- kos pengeluaran naik
- subsidi pun meningkat
Bahasa mudahnya, kita jual minyak kita yang berkualiti tinggi dan mahal ni ke luar negara, dan kita beli minyak biasa untuk kegunaan negara kita.
.
Kesimpulannya,
Ya, Malaysia memang ada minyak.
Tapi realitinya:
- kita bukan pengeluar besar
- kita jual minyak mahal
- dan kemudian kita beli minyak lain
- kita terikat dengan harga global
Sebab tu…
harga minyak naik,
tak bermaksud Malaysia automatik jadi kaya.
Tak semua formula yang kita sedap dengar dulu tu sebenarnya benar dalam dunia sebenar.
.
Bahkan dalam dunia sebenar,
minyak bukan sekadar sumber.
Ia adalah,
sistem global yang kompleks.
bossF,
MommyHana
ex-engineer terkachak Petronas



No comments: