MENJAWAB MAKCIK

 





Terlalu pulak dekat feed aku posting 𝗺𝗮𝗸 𝗻𝗲𝗻𝗲𝗸 ni. Sebelum aku 𝙨𝙣𝙤𝙤𝙯𝙚 dia, aku screenshot la. Bukan apa, rasa terpanggil nak jawab soalan makcik dalam video tu.

Dia tanya 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝘂𝗹𝘂-𝗱𝘂𝗹𝘂 bila harga diesel naik. Aku tak tahu makcik ni asal planet mana. Sebab nampak macam dah lama tak ada atas muka bumi.
Jawapannya, formula ada dan 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻. Dia ni nampak normal tapi buta. Sebab dia tak nampak 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 𝗥𝗢𝗡95 sedang dinikmati oleh rakyat.
Pelik sebab negara luar dan media asing pun boleh nampak. Ramai yang kagum. Tapi dia yang duduk di negara ni pun tak nampak. Mungkin 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝘁𝗶 dah sampai melitupi mata. Atau dia bukan berasal dari bumi. Mungkin dia makhluk dari planet 𝗭𝗮𝗿𝗴𝘂𝘀.
Kalau zaman Najib, bila harga bahan bakar naik, habis semua akan terkena. Tapi sekarang ni, untuk petrol RON95, rakyat Malaysia yang ada 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗖 tidak terjejas pun.
Manakala bagi diesel, banyak industri masih dapat lagi diesel pada harga special. Memang ada industri yang ketinggalan tapi itu boleh diperbaiki. Dan ia lebih baik berbanding 𝙯𝙚𝙧𝙤 𝙨𝙪𝙗𝙨𝙞𝙙𝙮 seperti masa Najib.
So dia tanya mana formula dulu? Jawapannya ada di depan mata. Suruh dia buka mata. Kalau tak nampak juga, suruh dia 𝗰𝘂𝗰𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶 dengan zikir dan taubat dulu. Sebab busuk hati dia mungkin dah hijab mata dia dari melihat kebenaran.
Teringat zaman PN pula. Bila ada isu kebaikan harga barangan, macam-macam dalil dia beri. Bukan dalil tapi 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗵. Masa tu sebijik formula pun tak ada. Kat mana makcik ni masa tu?
Kesimpulan dia, bersihkan hati tu. Orang yang cuma nampak keburukan orang lain adalah orang yang di hatinya cuma ada 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱 dan 𝗶𝗿𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶. Guane boh?

No comments: