KADANG -KADANG CAKAP KARPAL SINGH DITERIMA PAKAI PULAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL????


Sabah kekal dalam BN - Karpal


KUALA LUMPUR 1 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan kekal dalam parti itu walaupun mereka terus-terusan 'diumpan' oleh pembangkang untuk melompat parti.
Menurut beliau, cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'menawan' Sabah menjelang 16 September ini sekadar angan-angan.
Katanya, BN sedang giat menangani isu lompat parti sehingga ke peringkat akar umbi.
''Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai?
''Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku. Sekarang BN memberikan mereka (ahli Parlimen) apa-apa yang diminta,'' jelasnya.
Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Tiada Niat Untuk Membunuh di sini hari ini.
Buku itu ditulis oleh peguam T. Vijayandran yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.
Karpal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkunjung ke Sabah dan memberikan 'manisan' kepada ahli-ahli politik negeri itu.
Katanya, manisan yang dimaksudkan itu ialah 13 inisiatif sebagai 'hadiah' daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah berikutan sumbangan besar negeri itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Antara inisiatif itu termasuk memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah selain pelantikan anak Sabah menjawat jawatan penting di universiti dan dalam kerajaan.
''Buat pertama kali di Parlimen, Speaker datang dari Sabah. Kedua-dua timbalan speaker juga datang dari Sabah dan Sarawak,'' katanya.
Dalam pada itu Karpal menegaskan, secara peribadi beliau tidak menerima dan menyetujui amalan lompat parti.
Jelasnya, tindakan lompat parti adalah perbuatan mengkhianati parti sendiri.
''Mereka yang mengkhianati rakyat sepatutnya tidak diberikan sebarang status,'' kat



Besar pulak berita macam ini di ulas oleh akhbar yang sepatutnya diboikot.Tetapi inilah caranya kerajaan menerima pandangan yang bertentangan dengan keinginan hasrat pemerintah.Jika sebelumnya Karpal di belasah yang bukan-bukan ,,kini kenyataan beliau menjadi popular asalkan memenangkan pihak pemerintah.Tak apa Tuan YB Karpal..mulai hari ini kenyataan anda akan berterusan keluar dalam akhbar jika anda memberikan pendapat yang menyenangkan pihak pemerintah.Anda juga boleh menggancam kenyataan Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang ,Abdul Hadi atau sesiapa sahaja yang dibenci pemerintah Barisan Nasional dan anda akan jadi popular malahan akan diberi gelaran Dato' oleh pihak pemerintah....


Namun sedarkah anda bahawa perbuatan pihak pemerintah sebenarnya menyedarkan masyarakat bahawa anda sebenarnya betul dalam mengkritik kerajaan.Namun seperti biasanya rakyat akan terus berfikir dan mengadili lidah pengarang kerajaan dengan memboikot akhbar utusan Malaysia.


Mungkin juga dengan menyekat pengedaran sebagaimana yang berlaku sebelum ini di mana akhbar Harakah di sekat dibanyak kawasan.Atau pun jangan terus membeli akhbar ini yang cuba memporak perandakan hubungan kaum....betul atau tidak fikir-fikirkan.


oh..ya.....terlupa.pula........


elok juga membeli akhbar Harakah,Suara keadilan,Watan,Siasah, selain dari Utusan....

No comments: