ADA BETULNYA ,KALAU SKRIP SAMA, LAMA-LAMA ORANG AKAN KATA TEMBERANG SAJA LEBIH.AHLI PARTI SENDIRI PUN TAK TERJAGA-LIHAT DI SELANGOR

 


PH kalah di Melaka kerana guna ‘skrip sama’, kata bekas timbalan menteri




Bekas Timbalan Menteri Loga Bala Mohan berkata, pemimpin PH berkata perkara yang sama di Melaka seperti sebelum PRU14. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Prestasi buruk Pakatan Harapan di Melaka berpunca daripada kegagalannya menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengundi dan kebergantungan berterusannya kepada “skrip yang sama” menentang lawannya, kata seorang bekas Timbalan Menteri.

Loga Bala Mohan dari myPPP, bekas komponen Barisan Nasional (BN), berkata pembangkang harus memainkan peranannya dengan lebih berkesan dalam menunjukkan bagaimana mereka boleh melakukan lebih baik daripada pihak yang memegang kuasa.“Menjelang PRN Melaka, kita dengar pembangkang, PH dan juga (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad berkata perkara yang sama seperti sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Mereka serang Najib (Razak), BN dan Umno, panggil mereka dengan pelbagai nama. Bagaimanakah ini menunjukkan kepada rakyat yang anda boleh menjadikan hidup mereka lebih baik?” kata Naib Presiden Kanan myPPP itu dalam mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Minggu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka. PH hanya berjaya menang lima manakala dua bagi Perikatan Nasional (PN). Pada PRU14, PH memenangi negeri itu dengan 15 kerusi.

Loga berkata, PH sepatutnya menggunakan PRN Melaka sebagai peluang untuk menangani kritikan terhadapnya sepanjang 22 bulan memerintah, dan menerangkan kepada pengundi apa yang telah dipelajari daripada pengalamannya dan bagaimana ia akan buat lebih baik.

“Tetapi apa yang mereka buat? Selepas mereka kritik kumpulan yang mencetuskan kejatuhan kerajaan PH dalam Langkah Sheraton, gelar orang sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘katak’, mereka kemudian terima dua pembelot Umno.”

Beliau juga berkata, pembangkang harus lebih merendah diri dan memuji pesaing di mana patut, termasuk Najib.

“Ramai hargai sumbangan dan dasar Najib, seperti projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Ini banyak ditampilkan dalam PRN Melaka,” katanya.

“Sebelum ini, apabila PH pegang kuasa, mereka tangguh projek itu tetapi baru sahaja bulan lepas, (bekas Menteri Kewangan) Lim Guan Eng menggesa kerajaan memulihkannya. Jadi rakyat hilang harapan apabila mereka lihat pembangkang ubah nada.”

Beliau berharap PH akan berusaha menjadi pembangkang yang lebih matang, objektif dan berkesan.

“Mereka berpeluang tunjuk mereka boleh buat lebih baik, bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi di Melaka. Jangan hanya menentang (kerajaan) semata-mata.

“Jika apa yang kerajaan buat itu baik, sokonglah. Jika tidak, jelaskan kenapa,” katanya.

No comments: