Oleh SITI NUR ZAWANI
MISCON / November 25, 2021
Penulis buku politik, Mohd Sayuti
Omar menganggap transformasi Parlimen yang diharapkan melalui perjanjian
persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan
dan kerajaan adalah sia-sia.
Ini susulan insiden yang menyaksikan
RSN Rayer (PH-Jelutong) dihalau keluar Dewan selepas mendesak Menteri Kewangan,
Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menjelaskan mengapa bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dibenarkan keluar negara walaupun tidak menjelaskan
cukainya.
Mohd Sayuti berkata, Rayer tidak
sepatutnya dihalau kerana kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu
dibangkitkan.
“Transformasi Parlimen yang
diharapkan melalui MoU antara kerajaan dengan PH sia-sia belaka.
“Hari ini Timbalan Speaker (Datuk
Seri) Rashid Hasnon menggunakan kuasanya untuk halau MP Jelutong, RSN Rayer
keluar Dewan kerana dikatakan mengganggu penggulungan Menteri Kewangan, Tengku
Zafrul.
“Rayer meminta Zafrul jelaskan
kenapa Najib Razak yang tidak bayar cukai tidak disenarai hitamkan dan dapat
bergerak bebas ke luar negara.
“Apa dibangkitkan Rayer suatu
perkara mustahak yang perlu dijelaskan bukannya dia dihalau. Tampaknya
transformasi Parlimen tidak berlaku,” ciapnya di Twitter hari ini.
Rayer diarahkan keluar dari Dewan
Rakyat hari ini kerana tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker, Rashid
Hasnon.