PANDANGAN
Anwar jawab pertanyaan wartawan |
MSO
SAYA ada masa terluang waktu ini untuk berbicara secara
mendalam sedikit berhubung desakan oleh sesetengah pihak dalam PH khasnya, agar Anwar Ibrahim berundur daripada menjadi pemimpin utama
pembangkang; sebagai ketua pembangkang di Parlimen dan juga pengerusi PH.
Walaupun desakan itu tidak langsung datang daripada komponen PH
secara rasmi, hanya disuarakan oleh pemimpin kecil dan "sibecak" di
bawah, tetapi ia telah memberi gambaran tentang wibawa Anwar berada di
"cagak" itu sudah tidak relevan atau membawa hasil lagi.
Desakan ini atau rasa tidak berkenan atawa boleh dikatakan
tidak yakin kepada Anwar ini sudah lama kedengaran. Ia kemuncak apabila Anwar
gagal untuk menjadi perdana menteri melalui strategi untuk mengambil alih kuasa
dengan sokongan ahli Parlimen (SD).
Racangan untuk mengambal balik kerajaan PH yang hilang dijadikan
alasan utama untuk mengatakan Anwar sudah tidak relevan dan perlu berundur.
Atau pun pengaturan dan pencaturan strateginya untuk mengambil alih kerajaan
itu gagal dijadikan risiko. Apakah ada sosok lain yang mampu dan ampuh berbuat
demikian?
Secara peribadi sebagai penulis kerdil dan pengamal politik
bebas dan rasional, bukan sahaja tidak bersetuju dengan cara dirancangkan itu,
tetapi yakin ia tidak akan mencapai kejayaan. Bagi saya Anwar tidak akan jadi
PM menerusi cara itu sedang menerusi PH sendiri pun ia beliau gagal kerana
dimainkan. Sebab itu saya tidak ghairah sangat mengenai angka dan nombor
itu.
Selain itu saya melihat sebabnya kerana apabila rancangan itu
membabitkan Umno, maka ia tidak boleh dipercayai sedangkan rancangan itu tidak
boleh tidak mesti membabitkan ahli-ahli Parlimen Umno baharulah angkanya cukup.
Tanpa sokongan Umno ia tinggal sebuah angan-angan semata-mata.
Kenapa saya berkata begitu, kerana kita arif dan maklum Umno
mempunyai pakar-pakar penipuan yang licit yang tidak mudah ditandingi. Penipuan
adalah pemainan Umno jadi tidak mudah ia akan ditipu. Jangan mengharap
kesetiaan dan kejujuran dalam perjanjian untuk membentuk kuasa dengan Umno
khususnya. Ia tidak akan berlaku kerana sejarahnya kebobrakannya sangat
panjang.
Kenapa Pas hari ini lebih mempercayai Bersatu daripada Umno,
juga kerana sejarah mungkar Umno itu sudah dihadami dan dihafali Pas sejak
berdekad.
Apabila berkali-kali Anwar mengatakan beliau mempunyai nombor
dan sokongan yang mencukupi, tiba-tiba ia meleset, di sinilah timbul rasa tidak
senang dan tidak percaya dengan Anwar. Mereka yang mengharap ghanimah daripada
kejayaan itu apabila ia gagal mereka jadi kecewa. Mereka marahkan Anwar kerana tidak
dapat menikmati untung daripadanya. Anwar dijadikan bantal tibai bagi melepasi
kekecewaan.
Di sinilah bermula rancangan untuk menggeserkan Anwar. Adalah
orang merangkanya. Ada yang memberi idea untuk mewujudkan grand
coalition (new coalition) dengan tujuan menukar Anwar sebagai pemimpin
utama opisisi.
Secara senyap-senyap dan penuh taktikal cuba digantikan dengan
Dr Mahathir Mohamad. Orang ini mengulang-ulang jasa dan kehebatan Dr Mahathir.
Kejayaan PH menumbangkan BN dalam Piraum ke-14 diperbesar-besarkan ia adalah
atas sumbangan Dr Mahathir.
Orang menganggap demikian, mereka yang mudah melupai kekuatan
diri sendiri atau sama sekali tidak mengenali diri. Selepas dapat duduk atas
"basikal cabuk", maka mereka sudah tidak percaya kepada tenaga asal
mereka yang boleh berjalan kaki beribu batu walaupun tanpa "basikal
cabuk".
Mereka yang merancang untuk menggantikan Anwar dengan Dr
Mahathir ini adalah mereka yang telah meminum setitik air budi daripada Dr
Mahathir yang melantiknya menjadi memteri selama 22 bulan. Dalam tempoh 22
bulan mengenalkan mereka kepada Dr Mahathir dan melupuskan segala kebencian dan
pengenalan mereka tentang siapa Dr Mahathir selama ini sampai tergamak
mengatakan Dr Mahathir berhati kering.
Mereka yang mahu mengambil Dr Mahathir letak di hadapan, adalah
orang yang tergesa-gesa dan kurang membuat penyelidikan. Tidak reti mengukur
suasana dan ketika, sebaliknya lebih teruja dan teringat kepada setitik air
yang dihulur Dr Mahathir sebelum ini. Dia lupa setitik air berupa jawatan itu, adalah
diceduk oleh Dr Mahathir dari tasik yang dia sendiri gali dan awasi selama
ini.
Pirena Melaka.
Desakan dari suara becak supaya Anwar berundur sekali lagi
bergema selepas kegagalan PH dalam Pirane Melaka. Desakan itu adalah
kesenimbungan daripada kegagalan Anwar untuk membuktiknya yang beliau mendapat
sokongan angka yang cukup. Kegagalan Anwar untuk mengambil alih kerajaan
selepas beberapa kali mendakwa cukup nombor benar-benar mengecewakan golongan
ini. Sedangkan Anwar selamba sahaja dan menerima itu sebagai asam garam
berpolitik.
Kenapa begitu? Adalah terlalu nihil dan personal sangat kalau
marahkan kepada Anwar apabila beliau gagal untuk mengambil kerajaan dan jadi
perdana menteri. Di sini mereka yang bersama Anwar tidak ikhlas melainkan ingin
mengharap sesuatu daripadanya. Mereka itu sama dengan orang yang mengambil
kesempatan atas kedudukannya untuk kepentingan diri. Kesempatan manusia
oportunius sebegini nampak tidak berakhir dalam kehidupan Anwar.
Soal nombor dan permainan angka adalah taktik dan strategi
sahaja. Ia bukan prinisp dan dasar perjuangan dan matlamat politik. Prinsip dan
tujuan asalkan PH ialah mengalahkan musuh dalam pilihan raya. Kalau pun PH dan
Anwar jadi PM dengan cara mengambil alih seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri
Yaakob lakukan ia adalah makruh dan tidak bermoral. Apakah mereka juga
mahu dan sanggup melihat sesuatu tidak bermoral dilakukan asalkan dapat jadi
menteri?
Bagi saya kegagalan Anwar menjadi PM dengan mengambil alih secara
menciplak seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri itu, sesuatu yang disyukuri.
Setidak-tidaknya Anwar tidak terbabit dalam permainan politik kotor dan un
democatic. Iya, nilai PM didapati daripada menjatuhkan diluar pilihan raya,
dengan diambil dalam pilihan raya sama sahaja. Tetapi sejarah dan prinsip dan
rukun demokrasi akan membelenggu mereka selama-lamanya.
Seperti kini kita pertikai dan mencemuhi Mahiaddin dan Ismail
Sabri hari ini, begitulah yang akan melanda dan terpikul oleh Anwar. Apakah itu
yang kita ingini? Kita menganjurkan politik bermoral, berhemah, tetapi
tiba-tiba kita jadi terliur sama untuk melakukan kebejatan begitu?
Oh ada orang menyoal kenapa tidak boleh dilakukan begitu,
bukankah mereka lakukan ke atas kita dahulu. Iya benar. tetapi kita perlu
bertanya balik, apakah kita juga mahu berbuat keburukan dan kebejatan sama
dengan mereka? Kita sudah mengetahui mereka salah, tetapi kita hendak benarkan
kesalahan ke atas diri kita pula. Betulkah cara itu?
Pilihan raya masih berlaku dan demokrasi belum mati. Setiap lima
tahun sekali pilihan raya diadakan dan sebaik-baik ruang dan kesempatan untuk
mengambil alih ialah menerusi pilihan raya. Gunakan pilihan raya untuk
mengambil balik kerajaan. Biar rakyat yang membuat penentuan dan menghukum yang
salah. Melainkan selepas mereka mengambil alih kerajaan, pilihan raya sudah
diisytiharkan sudah tidak diadakan. Ketika itulah baru kejahatan perlu
diperlakukan untuk menentang kejahatan.
Semua orang kena ingat kita menerima prinsip dan nilai-nilai
demokrasi.
Mengenai kagagalan PH di Melaka ia tidak boleh dipersalahkan
seratus peratus kepada Anwar. Kalau kekalahan itu disebabkan salah strategi
mengambil bekas wakil rakyat Umno bertanding, ia bukan keputusan Anwar secara
mutlak. Adly Zahari yang kita harapkan sebagai bakal jadi
Ketua Menteri Melaka juga perlu disabitkan sama. Setidak-tidaknya Adly juga
ikut bertanggungjawab dan kena dipesalahkan.
Berbalik kepada soal Anwar yang mahu beliau berundur. Anwar
tidak menolak desakan itu tetapi mengingatkan agar jangan angkuh. Boleh sahaja
kalau Anwar hendak diundurkan. Beliau sebagai seorang ahli politik berprinsip
dan moral, masakan tidak tahu bila sepatutnya beliau berundur? Saya yakin
jadual itu ada dalam dirinya.
Tetapi yang sering menjadi persoalan dan kebimbangan siapakah
yang boleh dan berkelayakan untuk mengambil alih tempatnya? Ini yang menjadi
persoalan. PH ketandusan pemimpin sekualiti Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya
buat masa ini. Bagi saya kalau dikapuh Mat bin Sabu, Guan Eng, Khalid Samad,
Salahuddin Ayub, pun tidak sama nilainya dengan Anwar.
Justeru saya ada formula tersendiri dalam hal ini, untuk
PH. Anwar tidak perlu berundur, tetapi perlu penyusunan kepimpinan baru
dalam PH. Anwar tetap perlu ada sebagai orang tua atau selaku spiritual
leader dalam PH.
Mungkin untuk berlari ke hulu ke hilir Anwar sudah kepenatan,
tetapi untuk merangka idealisme perjuangan PH dan juga memastikan politik
kemajmukan kekal, beliau masih mampu dan diperlukan. Kepercayaan masyarakat
majmuk kepadanya masih ada. Tanpa memikirkan itu jangan lakukan. Mungkin itu
dimaksudkan Anwar agar jangan angkuh mendesaknya berundur tetapi biarlah secara
taktik yang berhemah.
Bagi saya persoalan masih lagi siapa orang yang layak untuk
mengambil alih dan memainkan peranan sebagai ketua pembangkang dan pemimpin PH?
Sepanjang saya melihat mereka yang mencemuhi Anwar yang mengemukakan formula
itu dan ini tidak menamakan pengganti Anwar. Ertinya mereka juga
"bole".
Ada baik juga kalau diaturkan satu persatu sosok yang layak dan
berkarisma untuk mengambil alih tempat Anwar itu. Kalau diperhatikan dalam
hierarki parti hari ini orang-orang yang boleh dijadi pengganti Anwar, seperti
Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah). Itu sahaja dua nama yang boleh
disebut dan ada signifikannya. Tetapi apakah mereka dapat menandingi
populariti, peneriman masyarakat majmuk seperti diterima Anwar? Usah tanya
dengan dunia antarabangsa, tanya penerimaan dalam negara sahaja dahulu.
Tepuk dahi geleng kepala jawabnya.
Apakah ada cadangan untuk membawa orang luar daripada PH?
Rasanya kalau orang luar ia membuang masa dan menimbulkan huruhara sahaja.
Lebih baik dikekalkan Anwar. Semisalnya kalau hendak tarik Mahathir atau Shafei
Apdal, seperti cuba dibuat sebelum ini, ia tidak mengubah keadaan apa-apa.
Kepada mereka yang masih bernostalgia terhadap Dr Mahathir, selama mana lagi
hendak bergantung kepada Dr Mahathir. Seolah-olah Malaysia ini tidak ada puaka
lain selain Dr Mahathir.
Kesimpulannya untuk mengundurkan Anwar bagi saya tidak perlu.
buat masa ini sebelum ada sosok yang benar-benar dapat menandinginya kalau pun
tidak kanan, tetapi cukup kiri-kirinya. Seperti disebut tadi penyusunan
kepimpinan dan pengaturan strategi mampan dalam PH khasnya untuk menghadapi
pilihan raya perlu dipercepatkan.
Dalam konteks Piruam ke-15 Anwar masih relevan tetapi peranan
tidak seperti hari ini lagi. Jika PH melihat Anwar menjadi masalah kepada
sesetengah pihak dalam PH, maka komponen itu perlu duduk berbincang dan membuat
naratif baharu. Cara itu lebih tertib supaya tidak nampak akan keangkuhannya.
Jika tidak mahukan Anwar pun, jadikan beliau sebagai kerusi antik dalam PH yang
boleh menarik daya sentimental orang ramai kepadanya. Jangan buang terus.
Didalam politik apa juga masalah, kebencian, kecemuahan dan
ketidak-percayaan kepada seseorang perlu dilayan dengan baik. Tingkah untuk
mengatasinya buatlah seperti kata pepatah; "kalau hendak menarik rambut
dalam tepong, rambut tidak putus tempong tidak terburai". [wm.kl.1:07
pm 24/11/2021]
Glossori:
Bole = buta, tidak nampak, kabur
Cagak = posisi, kedudukan, jawatan.