LANTIK PEGUAM NEGARA IKUT BANGSA TENTU LA ADA BEZANYA-.ZAMAN MAHATHIR MEMANG BANYAK ORANG PERSOALKAN...

 

Apa kaitan bangsa dengan pelantikan Peguam Negara, soal Thomas





Tommy Thomas berkata, Dr Mahathir Mohamad telah memberikannya autonomi untuk melakukan apa yang dikehendaki, namun enggan mendengar nasihatnya mengenai pengusiran penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik.

GEORGE TOWN: Tommy Thomas mengakui “terkejut” ramai orang tidak mahu beliau menjadi Peguam Negara (AG) semata-mata kerana beliau bukan berbangsa Melayu.

Katanya, beliau menyangka akan mendapat lebih banyak sokongan, terutama dari Pakatan Harapan memandangkan beliau adalah “traveller AG” untuk mereka.Katanya, “traveller AG” berkewajipan untuk sentiasa selaras dengan dasar kerajaan pemerintah.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana ada segelintir yang membantah pelantikannya, sedangkan tugasnya adalah profesional dan tidak memerlukan bangsa tertentu.

“Negara ini memerlukan penasihat undang-undang. Adakah bangsanya penting?” soalnya dalam wawancara bersama bekas diplomat Dennis Ignatius di YouTube.

Katanya, beliau pernah bertugas sebagai penasihat undang-undang untuk kerajaan PAS selain institusi Melayu, dan rata-rata tiada masalah.

“Ketika pelantikan itu (sebagai Penasihat Undang-undang kerajaan PAS di Kelantan), saya tetap menjadi peguam mereka. Mereka tidak menyoal isu bangsa. Jadi kami sangka begitu juga pendirian di peringkat umum,” katanya.

Ignatius sebelum itu menyoalnya mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memintanya meletak jawatan sehari selepas dilantik, selain dakwaan bahawa seorang menteri mahu beliau disingkirkan kerana tidak boleh mengangkat sumpah di atas al-Quran.

Thomas berkata, hubungan kerjanya dengan Mahathir adalah baik, malah pemimpin itu telah memberikannya autonomi penuh untuk melakukan apa yang dimahukannya.

Namun katanya, satu-satunya masa Mahathir tidak menerima nasihatnya adalah mengenai pengusiran penceramah Dr Zakir Naik ke India.

“Ringkasnya, dia (Zakir) menyusahkan negara tuan rumah. Namun Dr M menganggap sebaliknya,” katanya.

No comments: