TERBAIK. JANGAN BAYAQ WALAU PUN SEKUPANG. DIA NAK DUIT SURUH DIA CARI CARA TERHORMAT. BUKAN MEMINTA DARI APA YANG BUKAN HAK NEGERI DIA.KALAU DIA KATA NAK SEKAT (BELAT BAHASA KEDAH) SURUH LA DIA BUAT.

 

Sanusi berdepan Chow, tapi gagal ‘ekstrak’ pampasan; ‘kita guna air sendiri,’ kata KM P Pinang




Muhammad Sanusi Md Nor dan Chow Kon Yeow bertemu ketika hadir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara semalam.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengambil kesempatan pertemuan di Istana Negara semalam untuk berdepan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dan secara berterus-terang bertanya tentang bayaran air mentah kepada Kedah.

Dalam pertemuan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 itu, Sanusi membangkitkan kepada Chow isu bayaran tahunan sebagai caj ke atas air mentah yang diambil daripada Kedah.

Sanusi berkata, Chow menjawab pertanyaannya dengan mengatakan Pulau Pinang tidak mampu membayar air mentah kerana hasil diperoleh tidak banyak.

“Sukar sekali menghadamkan jawapan beliau kerana semua orang tahu PBA (Perbadanan Bekalan Air) menjana pendapatan dan keuntungan yang banyak daripada industri bekalan air kepada sektor industri, perkapalan dan domestik, daripada air mentah yang berpunca dari Kedah.

“Menuntut hak yang wajar dan munasabah daripada pengorbanan Kedah menyimpan kawasan tadahan ratusan ribu hektar. Dari situlah mengalirnya sungai-sungai membekalkan air mentah untuk minuman dan kawasan pertanian makanan untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Chow turut memberikan respons di Facebook, menegaskan negeri itu tidak akan membayar caj berkenaan berikutan air mentah Sungai Muda diambil dalam sempadan Pulau Pinang.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa pendirian Pulau Pinang sudah banyak kali dinyatakan secara rasmi. Kita tidak akan bayar kerana isu bayaran adalah tidak berbangkit.

“Ini kerana kita ambil air dari sempadan negeri kita. Nampaknya Kedah masih tidak mahu faham,” katanya.

No comments: