JANGAN KATA DI SELANGOR- SEMUA TEMAT PAS BOLEH MENANG . TAPI SAYANGNYA PAS HILANG KEYAKINAN BILA PRESIDENG DAPAT GAJI BUTA DAN DUDUK SAJA.YANG JADI MENTERI TERSEDAK SAGON.

 

PAS masih boleh menang di Selangor tanpa MN, tapi kelebihan pada BN, kata penganalisis




Penganalisis politik berpandangan PAS masih mampu memberi saingan untuk Barisan Nasional di Selangor pada pilihan raya umum kelak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik berpandangan PAS masih mampu memberi saingan di Selangor dalam pada Umno memberi bayangan parti itu akan bergerak solo bersama Barisan Nasional (BN) di negeri itu selepas menganggap formula pengagihan kerusi menerusi Muafakat Nasional (MN) tidak terpakai.

Noor Nirwandy Mat Noordin.

Penganalisis keselamatan dan politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Noor Nirwandy Mat Noordin bagaimanapun berkata PAS melalui PN masih tidak mampu menawan keseluruhan Selangor, namun mampu memenangi beberapa kerusi melihat kepada jumlah ahli yang ada di negeri itu.




“PAS sudah tentu akan mempunyai kerusi dalam Selangor kerana mereka mempunyai sokongan tersendiri dan boleh dikatakan juga parti gergasi yang mempunyai keahlian agak tinggi di Semenanjung termasuk di Selangor.

“Mungkin tidak banyak kerusi dapat dimenangi PAS di Selangor, tetapi mereka akan menang kerusi di tempat tertentu,” katanya kepada FMT.

Katanya, walaupun PAS berpeluang mendapat beberapa kerusi di Selangor tanpa kerjasama dengan Umno melalui MN, BN masih mempunyai kelebihan untuk memenangi banyak kerusi.

Jelasnya, ia mengambil kira trend pengundian dalam dua pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, apabila ada pengundi pasif yang tidak minat politik menyebabkan parti besar yang mempunyai pengundi teras memiliki kelebihan.

Salawati Mat Basir.

“Jadi, apabila ini berlaku (rakyat tidak minat keluar mengundi) parti besar seperti Umno akan mempunyai banyak kelebihan…tetapi jika peratusan keluar mengundi tinggi berkemungkinan saingan itu lebih sengit terutamanya dari golongan muda yang mempunyai pecahan agak tinggi,” katanya dengan turut tidak menolak berlaku apa disifatkan sebagai tsunami anak muda.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpendapat, nasib PAS di Selangor akan diukur melalui bagaimana prestasi wakil rakyatnya yang dilantik menteri dan timbalan menteri mentadbir Putrajaya ketika ini.

“Rakyat Selangor cenderung kepada PH. Jadi kalau PAS berjaya membuktikan mereka masih relevan, mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik selepas dilantik menjadi sebahagian kerajaan pusat hari ini,” katanya.

Menurutnya, berbanding PAS, BN lebih berpeluang memberi cabaran untuk menambah kerusi di Selangor, tetapi sukar menumbangkan kerajaan pimpinan PH kerana mereka masih disokong majoriti bukan Melayu.

Sebelum ini, Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, formula pengagihan kerusi antara Umno dengan PAS menerusi MN di Selangor sebelum ini tidak lagi terpakai selepas parti itu menyertai PN.


No comments: