MALU APA BOSSKU...TAK MALU LA 45 JUTA PINDAH MASUK AKAUN. PEGAWAI BANK SAHKAN RM45 JUTA DIPINDAH KE AKAUN NAJIB..MACAI DAPAT BERAPA DUIT ?

 

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014.

Naib presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan di Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, ketika membacakan kenyataan saksinya berkata bahawa dana itu, berjumlah GBP8,706,021.92 juta (RM45,837,485.70 – kadar penukaran semasa) dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 dalam lima transaksi.

Vista Equity ialah ‘shell company’ yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, rakan amanah ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Sejumlah RM30,032,250 telah dipindahkan pada 23 Okt 2014; RM3,624,473.70 dan RM 11,567.57 masing-masing dipindahkan pada 24 dan 26 Nov.

“Dua transaksi lain RM5,360,065 dan RM6,809,129.43 berlaku pada 10 dan 18 Dis,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu semasa perbicaraan bekas perdana menteri berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salmah mengesahkan lima dokumen, yang kesemuanya menunjukkan pemindahan daripada Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados melalui Standard Chartered Bank, London sebelum ia sampai ke akaun “AmPrivate Banking-1MY” sama, yang berakhir dengan 880.

Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama, AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah gabungan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui bahawa Bank Negara atau AmBank tidak menunjukkan apa-apa tanda amaran (red flag) semasa semua urus niaga itu berlangsung.

Beliau seterusnya berkata beliau tidak sedar bahawa akaun yang berakhir dengan “880” itu adalah milik Najib pada masa itu, dan beliau hanya mengetahuinya semasa siasatan oleh pihak berkuasa.

Saksi itu juga memberi keterangan bahawa dia tidak dapat mengesahkan bahawa urus niaga pertukaran asing itu datang daripada Najib kerana jabatannya berurusan dengan pengurus perhubungan pemegang akaun berhubung urus niaga ini.

Sementara itu semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya kanan (DPP) Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata biasanya bank akan menghantar penyata kepada pelanggan pada hujung bulan untuk memaklumkan pelanggan mengenai jumlah baki dalam akaun mereka.

Kepada soalan lain oleh DPP Najwa Bistamam, saksi itu berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama.

No comments: