KEH..KEH...CITA CITA TETAP ADA WALAU KUDRAT NYAWA NYAWA IKAN

 

Walau tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’, Bersatu ‘licik’ mahu Muhyiddin jadi PM lagi, kata Razlan





Ahli Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii berkata, gerakan ‘licik’ Bersatu menyebabkan negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik tidak stabil.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata, tindakan Bersatu yang mahu menjatuhkan kerajaan sekali lagi walaupun parti itu kini tinggal “nyawa-nyawa ikan” bukan sesuatu mengejutkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii juga menyifatkan Bersatu sebagai “licik” dengan beberapa gerakan mahu menjadikan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekali lagi.

Razlan berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu boleh menafikan gerakan tukar perdana menteri, tetapi apa dibangkitkan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin berjumpa beliau dan meminta sokongan untuk menjadi perdana menteri, tidak boleh disangkal lagi.

Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Presiden Warisan Shafie Apdal, membongkarkan perjumpaan dan permintaan Muhyiddin untuk mendapat sokongan Warisan supaya beliau dilantik semula menjadi perdana menteri.

“Gerakan licik Bersatu ini menyebabkan negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik yang tidak stabil, pertembungan keputusan dan sekali lagi akan memaksa istana campur tangan.

“Dalam kalangan pimpinan Bersatu kononnya mereka menempelak tidak mahu pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat dan meletakkan sasaran kepada Umno, tetapi mereka mencatur untuk merampas kuasa sekali lagi. Sungguh licik permainan politik mereka,” katanya kepada FMT.

Semalam, Faizal berkata soal kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ada 8 Jun lalu.

Faizal berkata, perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, parti itu masih kekal menyokong Ismail sebagai perdana menteri dan sedia membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Terdahulu, laporan media yang memetik sumber mendakwa bahawa mesyuarat MPT Bersatu pada 8 Jun lalu antara lain membincangkan mengenai kedudukan Ismail sebagai perdana menteri sekiranya parti itu mendapat sokongan daripada Pejuang, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) tanpa melalui pilihan raya.


No comments: