TAK RASA RUGIKAH, ADA PIMPINAN NAK BERTANDING SOLO. KANG RUGI TAK BOLEH TUBUH DEVELOBMENT ACTION PARTY

 



Seorang lagi wakil rakyat tinggalkan DAP Sabah?





Isu dalaman dan pemilihan parti baru-baru ini menjadi antara punca ketidakpuasan hati, menurut Elopura Calvin Chong.

KOTA KINABALU: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang mewakili DAP mula memikirkan masa depannya dalam parti itu, kurang dua minggu selepas bekas pengerusi negerinya Jimmy Wong meletakkan jawatan.

ADUN Elopura Calvin Chong berkata, isu dalaman dan pemilihan parti baru-baru ini, yang menyaksikan beliau dan beberapa wakil rakyat DAP lain tidak diundi ke jawatankuasa negeri, menjadi antara punca ketidakpuasan hatinya.

Chong yang mempertahankan kerusi Elopura untuk penggal kedua dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu bagaimanapun tidak menyebut bahawa beliau akan meninggalkan parti itu.

“Buat masa ini saya masih dengan DAP. Bagaimanapun, saya ingin melihat sama ada parti akan mengambil langkah bagi memperbetulkan isu terbabit dan sejauh mana jawatankuasa itu menunjukkan prestasi mereka,” katanya kepada FMT.

“Jika tiada tindakan dilakukan, saya perlu memikirkan langkah yang seterusnya.”

Wong, bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan wakil negeri, mengumumkan keluar DAP pada 22 Nov kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Selain Chong, beberapa lagi yang gagal dipilih semula ke dalam jawatankuasa negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan bekas Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin, ADUN Kepayan Jannie Lasimbang dan bekas Senator Adrian Lasimbang.

ADUN Tanjong Papat Frankie Poon dilantik sebagai pengerusi DAP Sabah.

Wong, yang pernah menyandang jawatan pembantu menteri dalam kerajaan pimpinan Warisan sebelum ini, mendakwa Poon mengabaikan “pemikir parti” yang telah lama berjuang untuk parti.

Katanya, beliau telah lama memendam kekecewaan terhadap kepimpinan negeri dan keputusan pemilihan itu adalah titik terakhir.

Poon dilaporkan menafikan bahawa wujudnya puak atau sebarang perpecahan dalam parti terbabit.