Penubuhan Jawatankuasa Pilihan
Khas Parlimen (PSC) untuk Hal Ehwal Antarabangsa pada minggu ini mungkin akan
menjadi pemangkin penglibatan Malaysia yang lebih aktif dalam hal ehwal
antarabangsa.
Malaysia yang pernah suatu ketika dahulu memainkan peranan penting menyelesaikan konflik di rantau Asia ketika gandingan Perdana Menteri Tun Mahathir dan TPM Datuk seri Anwar Ibrahim, sejak dua dekad lalu semakin menyepi dari arena antarabangasa
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menjadi sebahagian anggota jawatankuasa berkenaan, harapan kini kembali bersinar untuk Malaysia menyumbang lebih baik di peringkat antarabangsa.
"Pengerusi PSC ialah YB Salahuddin Ayub, dan Ahli Parlimen kanan seperti Nazri Aziz dan Teong Kin Sin sebagai ahli
"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa yang dihormati ini untuk menyumbang meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Saya berminat dalam hal ehwal antarabangsa sejak dalam darjah 4, apabila saya mula membaca akhbar. Pada tahun 1989, kejatuhan Tembok Berlin, insiden Dataran Tiananmen dan Perjanjian Oslo meningkatkan lagi minat saya dalam hal ehwal luar," katanya.
Menurut Pengarah Strategik KEADILAN itu, Malaysia perlu aktif semula sebagaimana peranannya pada 1990an lalu yang sering mengikuti misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan diiktiraf dunia sebagai negara pendamai.