BUKAN SAHAJA BERPINDAH MALAH MENETAP DI PULAU PINANG KHASNYA DI SEBERANG PERAI KERANA KEMUDAHAN ASAS,PERUMAHAN DAN HARGA MAKANAN YANG MURAH DI PULAU PINANG

 

Lebih 3,000 rakyat Kedah hijrah ke P Pinang setiap tahun, kata Ramasamy




Bilangan rakyat Kedah yang berhijrah ke Pulau Pinang tidak termasuk mereka yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kata P Ramasamy. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Kira-kira 3,500 rakyat Kedah berhijrah ke Pulau Pinang setiap tahun dalam tempoh antara 2014 dan 2020 dengan tiga perempat daripadanya berbuat demikian disebabkan peluang pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata, bilangan orang Kedah di negeri itu juga lebih tinggi pada masa tertentu kerana ramai yang merentas sempada negeri setiap hari untuk bekerja

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy

Beliau berkata, golongan berkenaan menyumbang hampir 10% daripada jumlah penghijrahan masuk ke Pulau Pinang dari negeri lain.

Ramasamy berkata, secara purata sekurang-kurangnya 7,550 penduduk dari negeri utara, iaitu Perlis, Kedah dan Perak berhijrah ke Pulau Pinang setiap tahun sejak 2014 hingga 2018.

Katanya, bilangan itu menurun tahun lalu kepada kira-kira 4,200 orang disebabkan pandemik Covid-19.

Ramasamy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri menjawab pertanyaan Satees Muniandy (PH-Bagan Dalam), yang ingin tahu mengenai jumlah rakyat Kedah yang bekerja di Pulau Pinang.

Satees turut bertanyakan mengenai jumlah pelaburan di Kedah sejak kebelakangan ini terutamanya di Kulim dan apakah langkah Pulau Pinang untuk bersaing dari aspek itu.

Ramasamy berterima kasih kepada rakyat Kedah yang menyumbang khidmat mereka di Pulau Pinang sambil berkata, beliau hanya mempunyai isu dengan Menteri Besar (Muhammad Sanusi Md Nor), yang disifatkan “iri hati, perkauman dan ekstremis”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam Satees Muniandy

Katanya, disebabkan Pulau Pinang mempunyai ekosistem yang bagus, ia kekal menjadi tempat yang baik untuk bekerja dan melakukan perniagaan.

Ramasamy menambah, kekurangan tanah di Pulau Pinang memaksa syarikat untuk beroperasi di Kedah. Katanya, selama ini syarikat berpindah ke Pulau Pinang untuk memanfaatkan ekosistemnya yang mantap dan kukuh.

“Kita tidak ada halangan untuk pelaburan masuk ke Kedah tetapi kita mempunyai masalah dengan kerajaan PAS di sana yang menghalang perpaduan Malaysia.”

No comments: