KENYATAAN ALIRAN KESEDARAN NEGARA : Keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Najib mewajarkan usaha mereka yang memerangi rasuah selama ini

 


ANAK MUDA MALAYSIA BERARAK KE JALANRAYA MENENTANG RASUAH


Aliran lega bahawa keadilan akhirnya terlaksana. Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Najib Razak bagi mengetepikan sabitan bersalah melibatkan tujuh dakwaan jenayah dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Kami memuji barisan hakim yang penuh berani dalam menyampaikan keputusan walaupun berdepan tekanan dan hinaan ke atas mereka oleh beberapa pihak.

Komitmen profesional ditunjukkan para hakim mengembalikan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara serta mengutuhkan kemandirian kehakiman negara.

Sejak beberapa hari yang lalu, kita melihat percubaan bagi menunda proses bagi proses keadilan berlaku melalui tindakan pasukan perundangan Najib yang bolehlah ditanggapi sebagai tidak profesional dan cuba untuk memburukkan sistem kehakiman.

Selesainya kes mahkamah ini cukup melegakan ramai orang yang melihat ia berlanjutan terlalu lama, apatah lagi dengan permintaan untuk menunda sidang mahkamah beberapa kali.

Keputusan ini sekali gus mewajarkan semua pihak yang berdiri bagi melawan rasuah serta salah guna kuasa – aktivis masyarakat sivil, pemberi maklumat, pegawai awam dan wartawan, pendakwa raya dan peguam, di mana usaha mereka memungkinkan Najib untuk dibawa ke muka pengadilan.

Aliran menyeru agar pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mempunyai keazaman lebih tinggi bagi membendung dan membongkar rasuah di peringkat lebih tinggi, lebih-lebih lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kami juga berharap agar kata putus yang efektif dan segera dapat dicapai dalam kes rasuah melibatkan elit politik lainnya dalam negara kita.

Kita semua hendaklah sentiasa berwaspada sehinggalah rasuah akhirnya dihapuskan dari tanah air kita.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Ogos 2022

 

No comments: