DIA BUKAN RETI NAK MINTA MAAF- SAMAN SAJA...KALAU NAK MINTA MAAF DI MEMALI SANA TU DAH LAMA MINTA MAAF....KAPIAQ JA AJAR DIA KENA BAYAR BERJUTA..KAH....

 

Kenyataan rosakkan keharmonian, tiup sentimen perkauman, Star desak Hadi mohon maaf



Ketua Pemuda Star Kong Soon Choi berkata kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini serta meniup sentimen perkauman.

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Star Kong Soon Choi menyifatkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa rakyat bukan Islam dan bukan Bumiputera menjadi perosak politik serta ekonomi negara sebagai tidak berasas dan merosakkan keharmonian negara.

Kong berkata, Hadi perlu meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat khususnya kepada masyarakat bukan Islam dan bukan Bumiputera bagi “menyejukkan” keadaan dan mengelak ia diperdebat secara lantang seterusnya mengundang persepsi liar dalam kalangan masyarakat.

“Kenyataan tidak berasas itu bukan sahaja merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, malah meniupkan sentimen perkauman yang tidak memikirkan perasaan kelompok masyarakat lain khasnya mereka yang bukan beragama Islam dan bukan Bumiputera.

“Hentikan kenyataan tidak matang seumpama ini, kita berpolitik wajar mematuhi lunas-lunas kemanusiaan yang mengambil kira sensitiviti kelompok masyarakat, individu dan yang penting tidak meniupkan sentimen memecahbelahkan masyarakat di negara kita,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kong berkata, Hadi perlu keluar daripada kepompong budaya pemikiran yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengetepikan perasaan pihak lain semata-mata bagi meraih kepentingan politiknya.

“Saya yakin dan percaya, ramai saudara mara dan rakan beragama Islam dan kalangan Bumiputera juga membantah kenyataan itu, kenapa perlu mengeluarkan kenyataan lantang seumpama itu tanpa berfikir panjang. Kita negara bertamadun yang memiliki nilai budaya saling hormat-menghormati,” katanya.

Star yang dipimpin Jeffrey Kitingan adalah salah satu daripada dua parti dari Sabah yang berada dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi parti ialah Parti Maju Sabah (SAPP). FMT telah menghubungi pemimpin parti berkenaan namun belum mendapat maklum balas.

Pada 20 Ogos Hadi mendakwa, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti yang menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah penyakit denggi.

Katanya, mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuk, tetapi juga bertindak terhadap takungan air membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.