PERJUANGAN ?....

 

Tadi di Awani ada cerita Najib tinggalkan nota untuk keluarganya sebelum masuk mahkamah. Dalam nota tu dia cerita tentang perjuangan politiknya.

 

First of all, sebelum masuk mahkamah nak nota apa bendanya? Dia bukan duduk lokap pun. Nota tu sebenarnya untuk promosi diri je. Jenis murahan.

 

Keduanya, aku jijik bila politician sumbang macam Najib ni bercakap soal perjuangan. Perjuangan apa yang pernah dibuat? Naik pun sebab ayahnya Tun Razak. Kalau tak, entah kerja apa dia sekarang ni.

 

DS Anwar pernah dipenjarakan sebab perjuangkan nasib petani miskin. Begitu tu Mad Sabu pernah dipenjara demi membela nasib rakyat.

 

Guan Eng juga pernah dipenjara kerana hendak membela nasib gadis Melayu bawah umur yang dirogol oleh pembesar UMNO. Itu baru perjuangan.

 

Najib perjuangkan apa? Daripada kecil hidup dalam kemewahan. Tak kenal erti susah. Penjara? Mana pernah jenguk. Orang miskin pun dia tak kenal.

 

Perjuangan apa? Perjuangan curi duit rakyat? Itu memang satu dunia tahu. Sampai negara berhutang dalam jumlah yang banyak, rakyat kena bayar.

 

Najib, Zahid, Isnail, Mat Hassan dan ramai lagi pemimpin UMNO, tak kenal pun erti susah. Jangan sekali-kali nak gunakan istilah berjuang. Jijik!

 

Orang Melayu kena sedar. Pejuang bangsa, yang rela menentang arus dan dipenjarakan demi hak rakyat semuanya berada di barisan pembangkang. Merekalah yang mesti diangkat. Guane boh?

 

 

Raja Gelap

 


No comments: