Teruskan usaha pertahan, perkukuh institusi kehakiman - Nurul Izzah









 Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana sabitan bersalah menggelapkan RM42 juta dana SRC International tidak bermakna usaha untuk memperkukuh institusi kehakiman boleh dihenti atau dikendurkan.


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, amat penting negara mengekalkan pemisahan kuasa antara eksekutif dan kehakiman agar ahli politik tidak campurtangan ke atas keputusan para hakim demi memastikan kedaulatan undang undang terpelihara.


"Kita kena terus berusaha mempertahan dan memperkukuh institusi kehakiman.


"Kita tahu perjuangan untuk mempertahankan institusi kehakiman supaya tidak ada campurtangan politik sangat penting, maka keputusan jawatan setinggi mana pun, bila semuanya terbukti melewati keraguan munasabah kamu terpaksa menghadapi akibat undang undang (hukuman).


"Jadi, saya berharap kita sentiasa mendukung perjuangan untuk mempertahankan cabang cabang demokrasi dalam negara ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, petang tadi.


Nurul juga mahu usaha digiatkan untuk membenteras kleptokrasi secara global termasuk individu yang terlibat menggelapkan dana rakyat Malaysia yang masih bebas di luar negara.


No comments: