DALIL UNTUK SELAMAT ?

 ASRAGF JEFFRY


Fuh,lain macam cerita pagi ini.

Kiranya, artis Kpop berada di jalan yang benar. Si Kopiah adalah penjahat yang sebenar.

.

Orang kita senang terpedaya dengan watak Agamawan. Sudah sampai masa untuk kita tapis siapa yang kita nak percaya dan rajinkan diri untuk bertanyakan 'dalil'. Itu lebih selamat.




 

Che Wan Bizz

Ssnopedrot7g7lgh5m63402923am6i23t1lif6h56085f1g4hu5ch780ai1l  · 

Maaf sobat-sobat saya bukan influencer dan sama sekali tidak berminat dgn kerja-kerja begitu.

Saya tak pandai sangat nak menulis panjang-panjang. Walaupon makin ramai yang bertanyakan saya pasal si Penunggang Agama tu saya tak berminat sangat nak ambil port sekadar memberi sedikit sentuhan sebagai tanda peringatan untuk orang lain.

Saya nak bagi pesanan ikhlas selaku orang yang pernah digelar sahabat baik sejak zaman sekolah menengah, rakan kongsi dalam projek tanaman jagung dan rakan kongsi job hartanah pada tahun 2010.

Pada masa tu memang saya akui dia ni memang orang baik-baik. Jaga solat, jaga adab dan bekerja keras siang malam untuk mengubah nasib hidup.

Pada tahun 2010 berbekalkan kelebihan dirinya yang Allah S.W.T bagi iaitu kebijaksanaan dalam berkata-kata maka kami berdua mampu membuat jualan tanah dengan mudah hinggakan komisen sahaja mencecah ratusan ribu.

Saya perasan pada waktu tu client-client amat mudah percaya disebabkan bahasa badan yang dia gunakan berserta dengan kata-kata kearah sentimen keagamaan terus membuatkan client mudah percaya dengan urusan jual beli tanah hingga ada yang membuat bayaran tanpa melihat keadaan tanah.

Tidak lama kemudian atas tidak bersefahaman kami telah berpecah dan kami pon membawa haluan masing-masing. Disebabkan kami ni kenal sejak zaman sekolah lagi jadi kami berhubung semula dan menjernihkan kembali hubungan serta kembali bekerjasama pada tahun 2012.

Saya hadir semula ke companynya sebagai freelance dan hanya mahu membuat jualan lot sahaja tanpa terlibat sama untuk kerja-kerja lain berkaitan syarikat. Tetapi saya dipujuk oleh si dia untuk sama-sama memajukan syarikat. Walaupon kurang minat dan kebetulan masih mencari peluang yang lebih baik saya stay buat sementara.

Kenapa saya undurkan diri daripada si dia???

Saya tak nak tulis panjang walaupon banyak lagi benda-benda yang tak betul tentang si dia cuma saya bagi point ni jer :-

Saya ke Majlis Daerah Besut untuk cek status tanah yang bakal dipecah lot secara kebetulan saya bertanyakan tentang status tanah area Kg Padang Tapong yang sedang dipecah lot sebelum ini. Mujur ada seorang pegawai yang saya biasa berurusan hingga sekarang dia dengan jujur menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipecah lot dan si dia pon telah dimaklumkan.

Saya amat khuatir kenapa tanah yang sudah dinyatakan tidak boleh dipecah lot tetapi si dia ni masih meneruskan jualan hingga hampir keseluruhan tanah berjaya dijual. Ada seorang buyer tu dia beli 2 lot tanah kerana mahu mendirikan tapak stesen minyak. Saya amat terkejut kenapa tidak dijelaskan terus kepada buyer bahawa tanah lot banglo sememangnya tidak dibenarkan sama sekali untuk didirikan stesen minyak. Maklumlah orang kampung ni bukan semua tahu undang-undang tanah.

Disini saya mulai curiga tentang kejujuran dia dalam berniaga. Selain itu juga saya makin hilang keyakinan apabila ada seorang buyer mahu datang ke pejabat bagi urusan bayaran tanah si dia pesan supaya saya yang uruskan jual beli tersebut sebab dia takut nak berdepan dengan buyer nanti buyer tanya macam-macam susah dia nak jawab.

Lama-kelamaan saya pon mulai hilang kepercayaan dengan si dia kerana acap kali berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

Sepanjang saya mengikuti perniagaan si dia ni saya mulai nampak Pengurusan Kewangan si dia amat-amat lemah. Urusan jual beli tanah tidak direkodkan dengan baik. Kadang-kadang wang untuk urusan perniagaan terus digunakan untuk kegunaan peribadi. Saya mula berfikir kalau company cincai-cincai macam ni biasa tak boleh nak survive lama.

Nak tegur dan nasihat dia???

Tegur dan nasihat macam mana sekalipon tetap tak diendahkan.

Tak lama kemudian saya buat keputusan untuk undur diri daripada company si dia. Sebelum keluar saya membuat list client yang terlibat dalam pembelian tanah yang tidak berjaya dipecah lot. Saya telah maklumkan kepada ke semua client melalui SMS. Saya tidak cakap pon si dia ni menipu tetapi saya sekadar memaklumkan tanah yang dibeli tu tak boleh dipecah lot sahaja.

Bayangkan pada masa tu saya dah ada bukti dan buat rujukan dengan pihak majlis daerah tetapi tak mampu nak ceritakan perkara sebenar. Sebab si dia ni terlalu pandai berkata-kata maka buyer lebih percayakan si dia dan menuduh saya ni orang yang ingin menjatuhkan syarikat dia.

Saya pon malas nak berdebat dengan sesiapa jadi sy hanya membalas sms ringkas supaya buyer pergi rujuk sendiri Majlis Daerah untuk pengesahan. Tidak lama kemudian hebohlah si dia ni memberitahu kawan-kawan yang saya adalah penjahat yang nak jatuhkan syarikat dia.

Si dia siap upah budak-budak tahfiz buat solat hajat beramai-ramai untuk membinasakan saya. Dia nak minta saya dikenakan musibah dan bala. Saya percaya dengan diri saya dipihak yang benar Allah S.W.T menjadi saksi dan alhamdulillah hingga ke hari ini saya masih dikurniakan tubuh badan yang sihat.

Bermula detik itu juga saya telah meninggalkan syarikat dan tidak pernah berurusan lagi dengan si dia.

Hasil semakan company tu skrg dah status winding up kerana tidak membayar cukai kepada Lhdn.

Lawak kan orang yang gelarkan diri dia Jutawan tapi tak mampu nak bayar cukai hingga company atas nama sendiri pon dah winding up.

Wallahualam..

Yang baru nak bersama-sama si dia tu silakan.. Saya nampak perangai dia pon masih macam dulu lagi jadi bersiap sedialah untuk sebarang kemungkinan.

 

No comments: