RAKYAT BUKAN GEMBIRA DIATAS APA YANG BERLAKU. AKAN TETAPI DI ATAS SIKAP BELIAU KEPADA ORANG LAIN SEMASA BERKUASALAH MENYEBABKAN RAKYAT MARAH DAN TINDAKAN YANG MELAMPAUI BATAS KETIKA MENYALAHGUNAKAN WANG RAKYAT.RKYAT TERPAKSA TANGGUNG.

 

Jangan gembira, angkuh atas musibah menimpa orang lain, kata Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata rakyat Malaysia perlu berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, rakyat Malaysia tidak harus terlalu gembira dan angkuh atas musibah yang ditimpa seseorang.

Sebaliknya, katanya, orang ramai hendaklah menjadikan perkara itu sebagai suatu panduan dan pedoman supaya mereka yang masih berada di luar dan bebas itu tidak mengulangi kesilapan, sama ada jenayah dalam bentuk peribadi ataupun yang melibatkan negara.“Kita hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang.

“Jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua.” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berusaha dan mendoakan agar negara Malaysia dan rakyat berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib Razak dalam kes SRC International.

Najib yang didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan membayar denda RM210 juta.

Hukuman itu disambut baik pembangkang dan pengkritiknya yang sudah bertahun-tahun membangkitkan isu itu.

No comments: