Pak Aji B sememangnya penganut politik Machiavelli. Matlamat
menghalalkan cara lepastu dia kata org lain yg amal politik sekular walhal dia
la pegamal sekularTAHIKlisme. Tu pasal jadi JIJIK. PNdengki no wahid, Suu'
betoi la Iblis berserban tu. Elok lah dia kawan sama SETAN Tua. Dah kena
dahh.....MSO kata kembar siam sebab sama2 benci dan dendamkan DSAI.
Wallahualam
- Zus Din (22 June 2021)
******************************
PENDUSTAAN POLITIK YANG MENJIJIKKAN
Saya perhatikan sahabat saya yang juga merupakan aktivis Pas
suatu masa dahulu Tarmizi Mohd Jam membuat catatan dan pengepos dalam medsos
beliau bermacam macam pendapat, hukum dan cita cita Hadi Awang yang bercanggah
antara satu sama lain. Macam macam bentuk pendustaan politik Hadi Awang.
Ada percanggahan pendapat presiden Pas yang kini keuzuran itu sangat
menjolok mata dan jijik sekali. Ia semacam dilontarkan oleh bukan oleh orang
yang sama. Kontrasnya ketara sekali. Saya tidak mahu memetiknya kesemua
percanggahan pendapat, atau pun pendustaan politik Hadi, yang pernah dilakukan
itu yang seperti disebut Tarmizi. Anda boleh selek dan menelitinya sendiri.
Tetapi cukup kalau saya mengutip pandangannya dan pendustaan
politiknya terhadap Umno sebelum ini. Fatwanya sangat berat mengenai Umno
sehingga menuduh Umno sebagai kafir. Pernyataan beliau yang dikenali dengan
Amanat Haji Hadi, menjelaskan apa yang menjadi pendirian dan pegangannya.
Hadi sesudah berdekad menanamkan kebencian itu kepada Umno dalam
kalangan pengikutnya, (orang Pas), tiba tiba beliau menarik handbreak, dengan
menukar fatwa bukan sahaja boleh berkawan dengan Umno tetapi meminta ahli Pas
mengundi MCA. Perubahan itu sungguh mengejutkan. Sebuah pantunnya menghalalkan
MCA tentu masih ingat. Apa dilakukan itu semua demi kuasa bukan kerana prinsip
hukum diyakininya sebelum ini
Sebenarnya bila kita kenali Hadi Awang dan tahu sejarah dan
genetiknya tidak akan berasa pelik dengan perubahan dirinya itu. Beliau
terkenal tokoh yang hadir dengan sejuta anologi dan dalil yang naif. Dia
seorang pengamal politik Machiavellism yang tegar, sampai sanggup membolak
balikkan hukum agama dan menodai prinsipnya sendiri. Sejahat jahat politis lain
tidak tergamak untuk menunggangkan hujum agama semata mata kerana politik.
Beliau bernasib baik kerana pengikutnya sudah terbius.
Yang dikesali dan hairan ialah kepada ahli Pas dan mereka
menyokongnya. Apakah mereka yakin dengan menyokong parti dipimpin oleh orang
seperti itu mereka masih menganggap benar dan haq? Masih dapat mengetuk pintu
syurga dengan terus berpegang demikian. Apakah mereka menyetujui apa yang Hadi
kata tanpa bahas?
Itu yang dikesali. Dan dusta dusta politik Hadi Awang tidak akan
luput selagi beliau tidak meralatkan apa apa yang disebut dalam pernyataan
dipanggil Amanah Haji Hadi itu. Dosa Hadi dengan Umno tidak terampun jika
beliau tidak menarik dengan taubat sebab ada yang boleh melupainya tetapi ada
yang tidak akan memaafkannya. Demikian juga kemenangan Pas di Terengganu hasil
mempengaruhi rakyat dengan fatwa dan hukum gilanya itu boleh dianggap sebagai
tidak halal. Trims.
- MSO