SELAMAT SEMUA REFORMIS

 

Aku faham, PH hari ini lahir dgn sokongan semua, dari jalanan ke Putrajaya, semua berhak untuk  claim kredit menjadi sebahagian yang memulakan perjalanan ini asalkan anda penyokong pakatan harapan.


Tapi, kita juga perlu sedar, hanya segelintir saja yang akan meneruskan baton dan singgah di Putrajaya, membina legasi, yang lain kekal sebagai penyokong , ada yang terus berhubung dan ada yang terpisah dari rangkaian..


Mendakwa kerajaan akan jatuh jika tidak melakukan apa yang disuarakan, adalah routine biasa bagi mereka atau pertubuhan yang pernah melibatkan diri dgn gerakan sebelum ini kerana akhirnya percaturan politik itu yang mencorakkan kerajaan kerana di Malaysia tidak ada sebuah gabungan politik dominan..


Terlalu banyak parti politik  untuk 32 juta rakyat Malaysia, malah kerajaa hari ini pun adalah gabungan 19 buah parti politik.. 


Kesimpulannya.. kita menyokong kerajaan atas dasarnya atau kerana apa yang ditawarkan dan belum tentu, gabungan yang kita pilih akan menguasai kerajaan nanti..


Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada,

RMS.