Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju jika aktivis Fahmi Reza ditahan atau didakwa berhubung satira politik yang dihasilkannya.
“Saya tak setuju,” kata Anwar memetik New Straits Times ketika ditanya mengenai aktivis itu dalam sidang media hari ini.
Anwar berkata, beliau percaya tidak semua kritikan terhadap kerajaan perlu dikenakan tindakan.
Terdahulu Fahmi dipanggil Bukit Aman berhubung karikatur Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dengan label “koruptor no 1 Sabah”.
Dia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
============================================================================
Seorang penjawat awam melahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menikmati kenaikan gaji setelah sekian lama, dan mengatakan Perdana Menteri telah mengotakan janji kepadanya.
Fuad Nordin dalam satu hantaran di Facebook mengimbas kembali janji Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada waktu itu katanya dia sempat meluahkan kepada Anwar tentang dilema gaji sebagai penjawat awam dan komitmen yang besar, sebelum Anwar sendiri menyahut perkara itu dengan positif.
“Alhamdulillah. Hari ni terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya pada aku. Di pagi Hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dapat sarapan pagi semeja dengan DSAI sebelum ke tempat penamaan calon.
“Aku luahkan kepada beliau berkenaan gaji aku sebagai penjawat Awam. Aku cerita kepada beliau kometmen aku dengan gaji yang aku perolehi waktu itu. Potong rumah, kereta, anak sekolah dan segala bagai.
“Aku kata kepadanya jarap kalau Datuk Seri jadi PM nanti tolonglah naikkan gaji minimum penjawat awam,” kongsinya.