PM Anwar Bidas Pengkritik Tunduk Kepada Pemimpin Zalim, Korup

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau dengan Kit Siang ketika meluncurkan memoir teman seperjuangan, Tan Sri Lim Kit Siang bertajuk ‘Malaysian First’, yang membukukan perjalanan berlikunya dalam memperjuangkan Malaysia yang lebih baik di Ipoh pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

IPOH, 21 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi di semua peringkat di seluruh negara.

Dalam hal ini, Perdana Menteri mengecam mereka yang tunduk kepada pemimpin zalim dan korup sebelum ini namun kini menuduh kerajaan gagal melaksanakan reformasi dalam dua tahun kebelakangan ini.

“Saya tidak setuju dengan mereka, sebahagian mereka tidak berkata apa-apa mengenai rasuah sebelum ini. Anda mahu kami melakukan perubahan?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan memoir teman seperjuangan, Tan Sri Lim Kit Siang bertajuk ‘Malaysian First’, yang membukukan perjalanan berlikunya dalam memperjuangkan Malaysia yang lebih baik di Ipoh pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya sudah mulakan dengan tadbir urus yang baik. Saya telah pastikan tiada menteri atau pemimpin kerajaan boleh mempengaruhi keputusan proses tender. Pada saya ini sangat penting.

“Saya tak boleh cakap mengenai apa yang berlaku 10 tahun dulu, tetapi saya jamin dalam dua tahun kebelakangan ini kami tidak tunduk atau bertolak ansur dengan perkara ini (rasuah),” katanya dalam ucapan pada pelancaran buku bertajuk “Lim Kit Siang: Malaysian First” Volum 1 dan 2, di sini hari ini.

Anwar mengaitkan ketamakan dan ‘rompakan’ dalam negara kepada kelemahan sistem pentadbiran sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap meluncurkan memoir teman seperjuangan, Tan Sri Lim Kit Siang bertajuk ‘Malaysian First’, yang membukukan perjalanan berlikunya dalam memperjuangkan Malaysia yang lebih baik di Ipoh pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut menekankan kepentingan kerajaan sekarang untuk kekal kuat dan bersatu sambil memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kembalinya ketaasuban kepada perkauman dan agama.

“Sekarang, jika kita mahu kekalkan kuasa, pertama, perlu pastikan kita sedar bahawa mandat kita ialah untuk melaksanakan reformasi bukan bertolak ansur… Anda fikir selepas mengharungi penderitaan, 10 tahun dalam penjara, 10 tahun ulang-alik, mahkamah, anda fikir saya lupa (agenda reformasi)? Tidak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan memoir teman seperjuangan, Tan Sri Lim Kit Siang bertajuk ‘Malaysian First’, yang membukukan perjalanan berlikunya dalam memperjuangkan Malaysia yang lebih baik di Ipoh pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi, setialah dengan kami, sokong usaha kami. Lebih kuat sokongan, lebih cepat kita boleh laksanakan reformasi kerana, seperti anda telah lihat, kesemua tindakan terhadap taikun besar, bilionair, kurang mendapat sokongan terutama daripada golongan elit,” katanya.

Anwar berkata kerajaan tetap teguh dalam agenda reformasi dan menggesa rakyat menaruh kepercayaan dan menyokong usaha ini.