Dong Zhi Umpama Malaysia MADANI, Bawa Makna Perpaduan


Hari inilah merupakan Tahun Baharu sebenarnya, setiap orang Cina dipercayai akan bertambah satu tahun lebih tua, lebih tepat lagi pada 21 atau 22 Disember setiap tahun. Foto Andre Lai

PENDAPAT, 21 Dis – Hari ini merupakan perayaan Dong Zhi atau Solstis Musim Sejuk, hari yang melambangkan pertemuan semula dan kehangatan. Semasa perayaan tradisional ini, kita berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan, menikmati tang yuan (bebola pulut), dan berkongsi kegembiraan bersama.

Solstis Musim Sejuk amat signifikan bagi masyarakat Cina sedunia. Oleh kerana ia jatuh pada pertukaran musim, ia bagaikan menandakan permulaan tahun dan dikatakan lebih penting daripada Tahun Baharu Cina itu sendiri.

Sambutan ini melambangkan hubungan erat antara manusia dan alam, berkongsi kisah suka duka kehidupan dalam memaknai erti sebuah perpaduan.

Sempena sambutan Winter Solstice, marilah kita bulatkan tekad dan azam menambah baik perjuangan buat diri dan negara bagi tahun baharu 2024. Foto Andre Lai

Ia bukan sahaja mengingatkan kita bahawa musim sejuk menjelang tiba, tetapi juga membuat kita merasakan betapa pentingnya perpaduan dalam intipati Malaysia MADANI.

Apakala semakin giat usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan pembaharuan dalam kerangka reformasi, pastinya juga kita menelusuri pencapaian dua tahun Kerajaan MADANI dengan penuh keazaman dan keinsafan.

Seperti mana tang yuan melambangkan pertemuan semula, masyarakat kita juga memerlukan toleransi dan perpaduan untuk menyambut masa depan yang lebih baik.

Bagi pihak KEADILAN Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan selamat menyambut Dong Zhi buat kebahagiaan untuk keluarga anda dan semoga musim sejuk ini membawa kehangatan dan harapan kepada anda semua!

Apakala semakin giat usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan pembaharuan dalam kerangka reformasi, pastinya juga kita menelusuri pencapaian dua tahun Kerajaan MADANI dengan penuh keazaman dan keinsafan.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda dan keluarga. Mari kita raikan perayaan ini dengan penuh kasih sayang dan kehangatan, serta mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan persahabatan.

Dalam semangat perpaduan dan keharmonian, kita dapat menghadapi cabaran dan mencapai kejayaan bersama-sama.

Oleh kerana tahun ini perayaan jatuh pada hari Sabtu, 21 Disember, dijangka ramai warga kota akan menyambung cuti sehingga Krismas ataupun Tahun Baharu.

Kepada Masyarakat Cina saya ucapakan Selamat menyambut Dong Zhi dan kepada warga Malaysia MADANI, saya ucapkan selamat bercuti.


– Andre Lai merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangs Maju.