KERAJAAN PAS & BERSATU LEPASKAN MUSA AMAN! APA SUDAH JADI DENGAN RAKYAT ...



Pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025 mencetuskan semula perdebatan mengenai tuduhan rasuah lampau dan pembebasannya pada 2020. Pembangkang menyalahkan Perdana Menteri kerana dahulu beliau yang paling menentang pembebasan Musa. Kumpulan itu cuba mengaitkan pelantikan Musa ada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam isu pelantikan Musa Aman sebagai TYT Sabah ini, Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi urusan pelantikan, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah Di situ jelas disebut pelantikan adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong tetapi selepas berunding dengan Ketua Menteri. Musa pada awalnya didakwa semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kerajaan PH. Namun, pembebasannya berlaku selepas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengambil alih kuasa pentadbiran. Sementara itu seorang penyokong pro kerajaan membidas Presiden Muda Amira Aisya yang mendakwa reformasi kini menjadi reformati kerana pelantikan tersebut. “Dia nak bangkit soal Musa Aman rasuah. Tapi Musa Aman dah dibebaskan dari kesemua 46 tuduhan rasuah yang dihadapinya. Bila? Tahun 2020. Zaman Mahiaddin jadi PM. Salah DS Anwar ke? “Bila zaman Mahiaddin dia dah dibebaskan dari semua tuduhan rasuah, jadi apa masalahnya dia dilantik oleh YDP Agong sebagai TYT Sabah di zaman Madani ni? Sebab pada asasnya dia tak ada kes rasuah dah,” kata Raja Gelap II.