Izlin Idris.
Betul...
Tapi media Malaysia ni bila diberikan kebebasan, suka mainkan isu kaum dan agama dan menyebarkan kebimbangan tanpa sebab hingga menggugat keharmonian yang ada
Anwar Ibrahim
Media adalah watak penting dalam memberi kritikan, teguran, pandangan, ulasan, dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.
Dalam kesempatan yang ada hari ini, saya bertemu pengamal media tempatan dan luar negara bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara terkait polisi kerajaan, pelbagai isu semasa dan masa depan negara.
Sesi ini penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya terkait prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.
Saya turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan.
Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak agar halatuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya.
#MalaysiaMADANI





No comments:
Post a Comment