Menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn petang tadi bagi berbincang perihal persediaan dan penyelarasan menjelang bermulanya tempoh Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun depan.
Peranan dan sokongan Sekretariat ASEAN penting bagi memastikan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia berjalan lancar. Alhamdulillah, kesiapsiagaan Malaysia untuk memikul tanggungjawab ini kini di peringkat akhir.
Saya nyatakan keutamaan sepanjang Malaysia mempengerusikan ASEAN, yakni memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau; melonjak perdagangan dan pelaburan antara ASEAN serta memperluas kerjasama ekonomi ASEAN; dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang terangkum.
Bicara kami turut menyentuh perkembangan memuaskan dalam proses penggubalan Pelan Strategik Visi Komuniti ASEAN 2045, serta beberapa perkara lain terkait hal ehwal ASEAN.
Saya mengalu-alukan kehadiran pasukan Sekretariat dan seluruh delegasi negara anggota ASEAN ke Malaysia tahun depan.
Selamat datang, welcome to Malaysia!
===============