Kemana berpuluh YB Melayu PH?
BEZA PEMIMPIN BN DAN PH...
Kemana berpuluh YB Melayu PH?
BEZA PEMIMPIN BN DAN PH...
Mengapa pemimpin2 PH tidak ambil kesempatan yg boleh dianggap bola tanggung isu tanah org Melayu di Kg. Baru? Org Melayu dia tak peduli cerita rasuah sb rasuah ini kan budaya org Melayu...Jika rasuah isu yg berjaya melahirkan persepsi dah lama PH menang PRN Melaka.
Jika pemimpin BN/PN dpt isu seperti ini siang malam sebulan mereka akn mainkan utk lahirkan persepsi. Lihat baru tawaran dari Khalid kpd penduduk Kg. Baru... Najib dan Ismail Sabri terus bersuara pada ketika itu.
Itu beza pemimpin BN tahu apa kelemahan org Melayu. Mereka takut nak bicara isu rasuah dan mereka tahu org Melayu tak peduli isu tersebut sebab org Melayu di kampung confuse pemberian itu adakah sedekah, komisen atau rasuah?
Tapi bab2 lain sensitiviti org Melayu mereka ke depan sb itu PH perlu 'Media Proganda' utk melahirkan persepsi terutama isu2 bola tanggung seperti ini. Saya melihat pemimpin2 kecil, ahli2 biasa dan penyokong sahaja yg kuat bersuara....
Persoalannya ke mana berpuluh YB Melayu. YB bangsa lain kita faham sb politik. Jika setiap seorang YB Melayu bersuara dan memberikan pandangan masing2 ia akn berjaya melahirkan persepsi yg lebih jitu.
Bila ada pengkritik di luar sana yg saya dgr kata 'malas' ... pengampu2 pemimpin pula melenting. Entahlah tak nampak sinar PRU15 nanti ini jika sikap terus begini.
Bukan apa PRU15 dah dekat dan pastinya SOP seperti PRN Melaka dan Sarawak digunakan... PH perlukan isu yg ampuh dan strategi yg disesuaikan dgn SOP. Platform dan sasaran kena tepat.
Kita punya lemah pasal isu pakai tudung Hanna Yeoh kita dah tewas perang propaganda. Patut media PH jika ada, Ulama di dlm Amanah diberi peranan utk berhujah soal tersebut. Itulah kelemahan PH tiada media utk membalas hujah hanya mengharap penyokong2 berhujah bagi pihak parti.
Selalu saya katakan PH adalah parti yg baik tetapi pemimpin mereka kekurangan pemikiran yg baik utk mengenali kelemahan org Melayu. BN pemimpinnya dikenali korup tetapi pemimpin mereka bijak berpolitik. Saya bicara dlm konteks politik Malaysia.