MSO
Najib perlu
tenang hadapi sunatullah
REAKSI
HARI ini
tanggal 8 Disember 2021 mencatat sejarah tersendiri khasnya buat bekas perdana
menteri Najib Razak apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menjatuhkan hukuman penjara
12 tahun dan denda RM240 juta kerana disabit bersalah atas pertuduhan melakukan
rasuah.
Hukuman itu
dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.
Najib dituduh berkaitan dengan aliran wang milik SRC International berjumlah
RM42 juta ke dalam akaunnya.
Tiga Hakim
Mahkamah Rayuan yang bersidang mendengar rayuan Najib, Abdul Karim Abdul Jalil,
Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan hukuman
penjara dan denda ke atas Najib yang dibuat oleh Nazlan Ghazali.
Najib dalam
satu sidang akhbar selepas pendengaran rayuannya itu melahirkan rasa kesal atas
keputusan itu dan telah mengarahkan team penguam belanya mengemukakan rayuan ke
Mahkamah Persekutuan.
Kita tidak
mahu komen panjang, cuma pengakuan Najib yang beliau tidak bersalah dan banyak
melakukan kebaikan untuk membantu negara, mungkin benar, tetapi sama ada beliau
bersalah atau tidak biarlah mahkamah menentukannya. Rakyat pula mengharapkan
perbicaraan yang adil dan telus.
Lazimnya
sesiapa juga yang dihadap ke mahkamah sukar untuk mengaku kealahannya,
lebih-lebih lagi apabila mereka mampu untuk menyediakan team penguam yang
handal.
Apa yang
sedang dilalui oleh Najib kini sudah menjadi sunahtullah sebagai seorang
pejuang atau ahli politik. Perasaan yang tertanggung di atas pundak Najib
pernah dilalui dan dipikul oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin politik
sebelum ini.
Hal sama juga
sedang dihadapi oleh sahabat baiknya Zahid Hamidi dan juga beberapa yang lain.
Dalam pada
itu Dr Mahathir Mohamad seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dan
menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana
menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri
itu?
Apakah beliau
mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih
berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin, ia memberi gambaran Najib akan
lepas?
Sekiranya
Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu
berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai pendahulun. [wm.kl.5:
35 pm 08/12/2021]