Tengokkan saja spin team propa UMNO bila nak cover line.


LIYANA MARZUKI


Siap buat poster katanya RM400skp untuk Flat PKNS. Bersyukur je lah kata mereka. Ada la geng broker tanah, yang buat posting panjang2. Katanya tu rumah flat. Terima jelah RM200k tu dan pindah keluar.
Ni saya nak rebut. Laporan akhbar mengatakan bukan hanya penduduk rumah flat. Tapi rumah teres juga terkesan.
Ia mengatakan pampasan yang ditawarkan:
RM200,000 untuk rumah flat
RM400,000 untuk rumah teres.
Bahagi lah 500kps untuk rumah flat dan 1000kps untuk rumah teres, ia tetap RM400skp.
Berbanding cakap Annuar Muso suruh bayar ikut harga pasaran. Ikut Najib Razak harga pasaran ialah RM3000skp. Tanah ni lagi dekat dengan KLCC. Mungkin boleh jadi mahal lagi.
Makanya propaganda hanya rumah flat PKNS itu merupakan propaganda jahat menutup hipokrasi mereka dulu. Sekarang dah terlingkup.
Confirm ada rumah teres juga. Harga pasaran RM3000, yang penduduk dapat RM400.
Kampung Baru ke Kampung Sungai Baru, penduduknya tetap Melayu. Tak perlu ke pembelaan pejuang bangsa?
Bukan kah masa tahun 2019 dulu punya lah macam Rimau marahkan kerajaan. La ni macam kucing tersipu2 spin sana sini…
On a separate note, saya rasa orang Kampung Baru dah boleh senyum. Kalau ikut logik NR, confirm korang boleh dapat RM3000skp. Jangan diaorg kona baring lagi sudah 😅