NAJIB TAHU DUIT ITU DIBAWAH KUKUASAAN BELIAU

 


Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib


Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib adalah betul dan tidak terkhilaf.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Kesemua hakim sebulat suara mendapati tiga pertuduhan pecah amanah Najib melampaui keraguan munasabah.

Panel hakim Mahkamah Rayuan juga memutuskan bekas Perdana Menteri itu mempunyai kepentingan peribadi meluluskan RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah turut memutuskan wakil rakyat BN Parlimen Pekan itu mempunyai kuasa penuh ke atas SRC dan tahu RM42 juta masuk dari SRC ke akaunnya.

No comments: