“AMANAH ingin menegaskan bahawa sekiranya golongan kleptokrasi dilihat kembali berpengaruh ke atas pentadbiran kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri, maka AMANAH akan mengesyorkan supaya PAKATAN HARAPAN mengkaji kembali keabsahan MoU yang telah ditandatangani,” tegasnya.
Beliau berpendapat, kemungkinan golongan kleptokrasi kembali adalah hasil daripada tindakan khianat politik melalui Langkah Sheraton.