APA PUNYA BODO PIANG...PENYAMUN PUN P DOK DOA...ANAK DIA BERANAK DI SPORE..HANGPA MERANGKAK NAIK TANGGA SPITAL KERAJAAN...

 

Penyokong Najib pakai baju terpampang doa

Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak dilihat berada di perkarangan Istana Kehakiman hari ini.

Mereka dilihat berbaju biru ‘Bossku’ dan hitam dengan tertera ungkapan doa.

“Ku pohon padaMu, selamatkan DSNR kami,” ayat yang terpampang di baju penyokong bekas Perdana Menteri yang berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta itu.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam turut berada di lokasi itu memberi sokongan kepada Najib.

Sementara itu, Awani melaporkan terdapat penyokong terbabit difahamkan hadir dari Terengganu.

Malam tadi, Najib di Facebook memuat naik gambarnya sedang menadah tangan gaya berdoa sambil memegang buku Yassin di sebelah hamparan sejadah.

Sebelum itu, anak perempuannya, Nooryana Najwa juga meminta agar orang ramai mendoakan agar bapanya diberi kekuatan dan keadilan.

Najib dengan aksi berdoa malam tadi.

Prosiding mahkamah yang bermula sejak 9 pagi tadi bakal memutuskan rayuan Najib yang sebelum ini mengemukakan 307 alasan kenapa dirinya tidak patut didapati bersalah terhadap kesemua tujuh tuduhan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Najib merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.

Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram; masing-masing tiga tuduhan serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

No comments: