SPIN KES RAYUAN NAJIB

 LIYANA MARZUKI

1. Mahkamah Rayuan sudah putuskan untuk kekalkan sabitan kes Najib Razak. Kesemua 7 pertuduhan korupsi, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
2. Tak sampai setengah jam, team media propa dia dah start spin. Kata mereka, tiada arahan Najib beri, kenapa dia kena sorang, ada bukti baru kenapa jatuh hukum tergesa2. Semua retorik tanpa paham perkara undang-undang sebenar.
3. Saya nak rumuskan, supaya propaganda team Najib ni tak terus menerus menipu orang kampung dan orang bandar.
i. Terdapat bukti NR mempengaruhi keputusan KWAP untuk melepaskan pelaburan RM4billion kepada SRC. Semua pegawai setuju yang NR mempunyai pengaruh dalam setiap keputusan melalui arahan dan wakil beliau. NR tidak pernah membangkang perkara itu dalam pembelaan beliau di Mahkamah.
ii. Apa yang dia bangkitkan hanya dia tertipu oleh Jho Low. Dan Jho Low yang merupakan dalang kesemua penyelewengan. Namun, ada bukti yang Najib tahu semua tindakan Jho Low dan benarkan apa yang terjadi.
iii. Money trail duit SRC masuk ke akaun NR sebanyak RM42 juta dan dibelanjakan untuk tujuan peribadi, tidak langsung disanggah oleh beliau.
iv. Pembelaan dia hanya cakap dia ingat duit itu derma Raja Arab. Namun tiada langsung bukti dan saksi yang boleh dokong perkara ini. Mahkamah Rayuan siap cakap kalau betul derma dari Arab kenapa dana itu masuk akaun SRC dulu. Kenapa tidak secara terus? Dengan kata lain, nampak sangat menipu.
4. Ada spin kata kenapa NR seorang saja kena? Katanya ada duit masuk akaun suami TS Zeti dan TS Nor Yaakop. Itu tidak relevan kerana mereka sengaja kelirukan kes 1MDB yang lain dan kes SRC. Kalau betul mereka bersalah, boleh dakwa lah. Tiada la boleh nak menyucikan kes Najib ini. Mahkamah Rayuan pun tolak teori konspirasi ini.
5. Kes SRC ini clear cut sebab duit masuk terus ke akaun Najib yang asalnya dari KWAP. Pihak SRC juga telah ambil tindakan sivil ke atas Najib Razak sebagai defendan pertama dan 4 orang bekas pengarah SRC atas dakwaan pecah amanah.
6. Makanya, jangan lah spin hanya dia terpalit. Banyak je yang kena dakwa dan kena saman kerana kes ini dan 1MDB.
7. Cuma sebagai defendan pertama, dia tetap mastermind nombor satu. Kerana dia PM dan Menteri Kewangan. Hanya dia nan satu.
8. Apa jenis pemimpin, kalau masalah timbul dia takde akauntabiliti dan cuba basuh tangan. Padahal dia punya kuasa penuh buat keputusan dan boleh keluar arahan.
9. Saya malas nak layan sgt propaganda dan spin team media NR yang selalunya menipu rakyat.
10. Satu saja nak cakap, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah putuskan dia bersalah kesemua 7 pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, TANPA KERAGUAN YANG MUNASABAH.
11. Makanya, tak payah la pentaksub NR nak kupas kes ini mendahului dan tunjuk lagi pandai daripada Mahkamah. Ini semua cubaan nak meragukan rakyat jua. Boleh dikenakan tindakan contempt of court. Tak pasal2 pula.


No comments: