Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak mahu tergesa-gesa dalam menentukan status kedudukan dua ADUN Bersatu yang dipecat semalam.
Namun menurut beliau, kedua-dua wakil rakyat itu buat masa ini berstatus ADUN Bebas, dan bukan sebahagian daripada blok pembangkang.
“Kedudukan mereka akan dibincangkan lanjut. Mereka bukan pembangkang, sebaliknya ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri,” katanya hari ini.
Sanusi berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan dua ADUN tersebut akan dibuat mengikut prosedur pentadbiran dan selepas menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Dua ADUN Kedah yang dipecat ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis.
Dzowahir merupakan Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri manakala Abdul Razak adalah Timbalan Speaker DUN Kedah.
No comments:
Post a Comment