ROH ROH ROH ......Acu buat di Kelate dulu…MP Bachok kena sekolah lepas cakap soal pelancongan


 


Hantaran Facebook Ahli Parlimen Pas, Syahir Sulaiman mengenai sektor pelancongan yang menurutnya patut mempamerkan keindahan alam dan keunikan budaya, mengundang pelbagai komen balas daripada pengguna media sosial.

Di ruangan komen pada hantaran beliau, pengguna mempersoal pencapaian pelancongan di Bachok sepanjang beliau menjadi wakil rakyat.

Mereka meminta supaya Syahir mengaplikasikan nasihatnya terlebih dahulu supaya Kelantan dikunjungi lebih ramai pelancong asing.

Sebahagian daripada mereka melihat tindakan Ahli Parlimen Bachok itu yang mengulas isu terlalu umum seperti isu pelancongan, tidak memberi manfaat kepada penduduk yang mahu melihat apa usaha dibuat untuk menaik taraf kawasannya.

“Acu buat di Kelate dulu supaya ramai pelancong asing melawat negeri Kelate. Duk kecek sajo,” komen Norman Md Salleh.

“Tempat sendiri pun sendu,” tulis Pen Hitam.

“Cuba Yb senaraikan projek lapangan kursusnya untuk rakyat Bachok. Setakat isu umum gini tidak membantu ekonomi untuk ore Bachok,” kata Wan Fiza.

“Berbual pelancongan. Bachok mano tempat pelancongan hok berjaya tarik pelancong mari dan tambah pendapatan rakyat setempat,” soal Mohamad Izhar.

Sebelum itu, seorang aktivis juga mengkritik Syahir sebagai hipokrit kerana ketika Perikatan Nasional memerintah, begitu banyak konsert hiburan diadakan.

Beliau turut mempersoalkan pencapaian Syahir sepanjang menjadi Ahli Parlimen Bachok khususnya dalam sektor pelancongan, selain membidas sikap Pas yang lantang mengkritik apa jua aktiviti hiburan ketika ini.



No comments: