Kesiapsiagaan Pos Dogoton Pulau Banggi Diperkukuh, Hadapi Ancaman Rentas Sempadan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

KUDAT, 9 Mei – Kerajaan memberi jaminan kesiapsiagaan keselamatan di kawasan sempadan perairan negara terus diperkukuh khususnya di utara Sabah yang bersempadan dengan Filipina bagi menangani ancaman pencerobohan dan jenayah rentas sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara fokus lawatan kerjanya ke Pulau Banggi, Sabah pagi tadi seusai kembali ke tanahair selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Pagi ini (tadi) saya meneruskan lawatan kerja dengan berkunjung ke Pulau Banggi, Sabah seusai Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina. Saya ke Pos Dogoton untuk meninjau tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan Malaysia-Filipina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Pos Dogoton adalah antara pos keselamatan hadapan bersempadanan dengan perairan Filipina yang memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara di kawasan utara Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Ini termasuk mengawal ancaman pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan pada akaun Facebook, miliknya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata, beliau diberi taklimat berkenaan pelaksanaan operasi pos keselamatan di lokasi terbabit sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan di kawasan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Saya diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan operasi di sini (Pos Dogoton), sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan di kawasan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Penugasan di kawasan terpencil dengan keadaan muka bumi dan cuaca yang mencabar menuntut ketahanan mental, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam pasukan. Penghargaan tertinggi buat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan menjaga kedaulatan tanah air di Pos Dogoton,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata, keteguhan, keberanian dan kesiapsiagaan pasukan dalam mempertahankan setiap inci perairan negara daripada sebarang ancaman adalah lambang pengorbanan yang jarang terlihat, namun menjadi benteng yang memastikan kita terus hidup aman dan tenteram.

Oleh Mahani Ishak




No comments: