Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar menyelar segelintir pihak yang setiap hari hanya memainkan naratif kerajaan gagal dan menakut-nakutkan rakyat.
Beliau berkata, sedangkan kumpulan ini tidak pernah tampil dengan sebarang cadangan untuk menangani masalah yang dihadapi rakyat.
“Saban hari dia menjerit kerajaan ini gagal tapi dia sendiri pun tak buat apa-apa. Tiada satu pun penyelesaian yang dikemukakan untuk memberikan kelegaan kepada rakyat,” katanya ketika berucap dalam ceramah di Pulau Pinang malam tadi.
Beliau berkata, kerajaan tidak mahu berjanji bahawa rakyat tidak akan susah, tetapi kerajaan akan pastikan untuk membantu rakyat setiap kali mereka kesusahan.
Mahfuz turut mempertahankan usaha pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu rakyat, seperti menaikkan harga lantai padi sebanyak dua kali, dan memberi subsidi petrol RON95 untuk meringankan beban rakyat.
No comments:
Post a Comment