PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyarankan agar graduan menganggur memperkukuh kemahiran sedia ada supaya ia dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan.
Mohan Rathakrishnan dari Universiti Utara Malaysia berkata, graduan patut mengikuti kursus jangka pendek atau sambilan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada mereka, berbanding berusaha memperoleh kemahiran baharu.
“Sebagai contoh, graduan yang berkemahiran dalam perniagaan boleh mempertingkat kemahiran interpersonal dengan mengambil kursus jangka pendek atau sambilan berkaitan model perniagaan,” katanya.
Tambahnya, universiti awam menawarkan sejumlah kursus peningkatan kemahiran dan beliau menggesa pencari kerja memanfaatkannya.
“Saya dapat tahu ramai graduan menganggur sebaliknya mencari pekerjaan yang tiada kaitan dengan bidang pengajian mereka,” katanya kepada FMT.
Menurut Mohan, kursus yang ditawarkan dapat mencetuskan kreativiti, mendorong graduan untuk menjadi mandiri dan inovatif, selain membina keyakinan dalam kemampuan mereka, untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan.
Katanya, graduan yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak tahu bagaimana caranya patut mengikuti kursus-kursus ini.
Kursus-kursus ini katanya, menyasarkan untuk membantu penciptaan pertumbuhan pendapatan dalam jangka masa pendek.

Universiti juga dapat membantu graduan-graduan ini membina hubungan dengan penggiat industri, tambahnya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penganggur meningkat kepada 778,200 orang setakat Julai, manakala kadar pekerjaan kekal pada 4.8% seperti bulan sebelumnya.