Selepas lapor SPRM terhadap MB Kedah, NGO terima notis tuntutan RM10 juta

 


Sebuah syarikat swasta menghantar notis tuntutan RM10 juta terhadap setiausaha sebuah NGO yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Indrani Selavakumar berkata, dia menerima notis tuntutan bertarikh 15 September daripada syarikat yang mendapat projek pembangunan KXP menerusi peguam tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership.

“Notis itu dihantar ke alamat rumah saya, memberi masa dua hari untuk meminta maaf selain membayar RM10 juta.

Selepas lapor SPRM terhadap MB Kedah, NGO terima notis tuntutan RM10 juta

“Selain itu, notis itu juga meminta kami agar menyerahkan semua bukti dan rakaman mengenai laporan SPRM dan polis terhadap projek KXP,” kata Indrani dalam sidang media hari ini di Puchong, Selangor.

Malaysiakini telah menghubungi peguam Rosli Dahlan untuk mendapatkan komen.

Terdahulu, pada 10 Sept, Indrani mewakili Pertubuhan Peneraju Insan membuat laporan kepada SPRM terhadap Muhammad Sanusi.

Dalam laporan itu, Sanusi didakwa menganugerahkan projek membangunkan KXP kepada sebuah syarikat yang dikatakan masih dalam siasatan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia mendakwa syarikat itu disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sementara itu, Indrani berkata dia bersedia berdepan dengan syarikat itu di mahkamah.

“Laporan kami terhadap MB Kedah. Jadi, kami sedia berdepan tindakan mahkamah,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news

No comments: